Wednesday, December 21, 2011

Update Reception 12.11.11 sedikit!

Pada yang merindui..cewahhh.;p
Gambar sekitar majlis i tempoh hari.
Mane yg sempat upload je i masukkan..
sumpah rindu gile nk blogging.
another 3 months to go...
Date : 12 Nov 2011
Venue : Home sweet Home , Melaka
Official Photographer : Mohd Ming from Mukhriz Udey Photography.















Besok i start modul wataniah untuk sebulan....
Huwaaarggghhh.Sebulan tak boleh balik dan sebulan juga menjadi Prebet Jamilah.
Sumpah, i've to be tough..
Kesian hubster sebulan tak jumpa.
=(

Saturday, December 17, 2011

Update selepas berkahwin!

Happy saturday guys!;)
Subhanallah,rasa rindu nak berblogging.
Lama tak jengah blog ni.
Rase mcm tak tahu nak start dr mane.:D

Ok,ok..byk gile hutang update entry.
Review majlis kahwen tempoh hari pun x buat lagi.
Jadual kursus yang sgt pack buat takde mase nak jengah blog ni.:(

Dah 1 bulan stengah menjadi Puan kunyit.
;)
Yang tak bestnya, I di KL n En kunyit di Melaka.
:(
Terpaksa menjadi weekend husband sehingga bulan April tahun depan.
Sumpah tak sukaaaa..
Kenapa lah kena ade kursus yang macam ni smpai 6 bulannnn..
Hurrrmmmm..
Bertabah lah wahai hati..

Wednesday, November 16, 2011

I'm Married!Alhamdulillah..

Syukur alhamdulillah..
Dengan hanya sekali lafaz, pada 11.11.11 i sah bergelar puan!
Isteri kepada En Kunyit dan dinikahkan sendiri oleh Cik Olla.

Perasaan??
Cuak,risau, happy, sedih...Semua ade la!
Macam tak percaya yang DIA adalah jodoh yang terbaik buat i.
Siapa sangka dari perkenalan sebagai 'kekasih gelap', kini kami sah menjadi suami isteri.
Syukur sangat pada tuhan atas kurniaanNYA!


Tanggungjawab sebagai seorang isteri bermula..walaupun i terpaksa berjauhan dengan En Kunyit sehingga bulan April next year.
Harapan i agar En Kunyit boleh menjadi ketua dalam keluarga kami kelak dan boleh memimpin i menjadi seorang isteri yang solehah..


Gambar di sekitar Malam pernikahan yang i cilok dr fb OP.
=)



My DIY nikah dais.

Me while getting ready for nikah!
eh, muka macam cuak..Tp i byk kali tanya kt mua bila i nk rasa takut.
Seriously, rasa takut lambat sangat sampai.

Done with the make up!
Subhanallah..i luv the natural look.=)


Hubster interviewed by tok imam!


Masa ni da cuak..
I mintak permission dengan tok imam untuk keluar and tengok sendiri En Kunyit dinikahkan.
Sekali seumur hidup, i x nak tertinggal detik itu..
=)


Sedikit info malam nikah :

Official Photographer : Sam Rais
Official Videographer : CST Production
Make up : Salima
Nikah dress : Rizman Ruzaini
Nikah hijab and veil : Rizman Ruzaini
Nikah Dais : DIY
Nikah shoes : Summit Signature
Nikah Handbouqet : Intan Norazam Abd Latif
Henna : Chanteq Henna Creation


Later i akan review details of malam nikah k!
Nite2!






Sunday, November 6, 2011

hello there!

hello world i'm back!
5 more days to my wedding day.
ok i cuak.

Tuesday, October 25, 2011

Cuti Kawen 3 minggu!!Yeahhhh!!

Alhamdulillah..
Finally dapat jugak tawu berapa hari dapat 'lari' during my wedding!
=)

Actually En Kunyit dan i memang da redha dari awal lg.
Malas da berharap lebih-lebih sebab tengok previous batch dapat 2 hari cuti pun da baik.
Hornymoon jugak terpaksa difikirkan kendian hari lepas abes kursus.

Tapi semalam jumpa dengan penyelaras kursus, and dapat berita gembira!
I diberi perlepasan untuk cuti 3 minggu!
Yeaahhhh!!
Syukurrrrrr!!!

Walau terpaksa ulang a few moduls,lagi bagus kot dari dapat cuti 3 hari.
Kann??

Sekarang i da boleh senyum panjang..
=)

Owh yeee..sekadar ingin berkongsi.
Sehingga hari ni i da berjaya kurangkan berat badan sehingga 3 kg!
Amiiiiinnnnn..


p/s : Sedang gigih mengedar kad jemputan..
Sape2 yang nak dtg my wed, u are most welcome girlssss!!
Do leave me ur address k!
**muuuuuaaahhh**








Sunday, October 16, 2011

My 1 month activities before Wedding!

Serabut sangat dengan kursus.
Dengan assingment yang melambak-lambak.
Dengan rutin harian yang sangat sangat penat.
Langsung tak sempat nak fikir pasal majlis.

Tak sempat langsung nak tengok blog.
Seriously, mmg sedikit tertekan.

Did i tell u guys that during my 1st 3 days kt kursus ni memang langsung tak tido malam?
Lepas je registration kami terus di bawak untuk outdoor activities which is camping.From KL, saya di bawa ke Melaka untuk bercamping.

During the 3 days camping, memang takde masa untuk mandi apatah lagi berehat.
Bayangkanlah lepas berpenat-penat dan berpeluh-peluh disebabkan aktiviti yg super lasak which is berkayak,berakit,berendam dalam lumpur, explorace and etc, kami tiada masa untuk mandi.
Hanya sempat mandi bila habis aktiviti iaitu jam 4.30 pagi.
Pukul 5.30 pagi da kena bangun untuk solat subuh dan senaman pagi.
Setiap hari aktiviti bermula jam 5.30 pagi dan hanya akan berakhir jam 4.30 pagi keesokan harinya.

Kami sendiri pelik mana datangnya tenaga untuk kami melakukan segala aktiviti yang maha lasak tanpa berehat dan tido.
Denda?jangan cakap.
Pumping, push up, star jump, squad jump semua lengkap

Jerawat kat muka jangan cakap.
Tak mampu untuk dibilang lagi.
Lengkap dgn pakej sunburn dan mata panda juga.

Selesai 3 hari yang UBER stress, mula pula modul di dalam kelas.
skrg ni, i kt Terengganu sampai nextweek.

Owhh, satu lagi yang tak bestnye.
A week before my big day, i ada 1 week outdoor aktiviti.
Among the activities nanti adalah berkayak keliling pulau di laut selama 2 atau 3 hari.
Dan kemudiannya pula ada lagi camping.
Macam mana la i tak cakap i stress??
Orang lain sebelum kahwin sibuk ber spa, manicure,pedicure segala.
Tapi i?

Cakap banyak pun tak guna. That's the fact i have to face.
I'm the one who made the decision so i kena belajar untuk redha.
Bukan senang nak jadi senang kan?




Wednesday, October 12, 2011

1 month to go..

1 month to go..
I tak boleh balik rumah walau takde aktiviti di hujung minggu.
Sumpah tak paham.
Terpaksa duduk di sini.
Minggu ni di Terengganu.
Kalau la boleh balik ke Melaka.....
=(

Wednesday, September 28, 2011

Wedding Progress : Meet the Dress Maker.

Ingat lagi entry wedding dress i yang tak muat?
Seminggu lepas raya i buat appointment dgn 2 org yg bertanggungjawab untuk sediakan semua wedding outfit.
Sebelum kisah ke rumah Kebaya untuk fitting baju Reception (yang da tak muat tu) dan bertandang, i da buat appointment jugak dengan org yg bertanggungjawab untuk buat baju nikah.

1st appointment dulu, Rizman da sketch baju seperti yg i mintak.
Ingat lagi entry ni?Ade i letak sketch yg Rizman da buat.

So 2nd time jumpa hari tu, i jumpa dgn Ruzaini sbb Rizman ade hal di luar sekejap.
I ade minta die ubah cket design here and there.
Being me...selagi tak nmpk depan mata, selagi tu i tak puas hati.


1st appointment dulu i tak buat measurement lagi.
Sbb kononnya mahu kurus sebelum ukuran badan diambil.
Nahh..tapi rasakan. Rupanya berat naik 3kg semasa measurement diambil tempoh hari.

Senang deal dgn Rizman dan Ruzaini.
2 designer yg mmgtak akan mengecewakan dgn hasil kerja dorang.
Peramah dan rajin melayan karenah i.
PR sangat bagus.
Walau i bukan Krisdayanti mahu pun Tok Ti.
Cuma kadang-kadang kita perlu comfirmkan 2, 3 kali untuk buat sebarang appoinment.
I rasa itu benda biasa kalau kita nak curi masa mereka-mereka yg deal dgn dunia artis.
Kita perlu ikut masa mereka.
Satu yg bagusnya, kalau kita call dan mereka tak pick up phone, mereka akan return call kita balik walau macamana pun.
I tak tahu orang lain.
So far, i senang deal dgn mereka berdua.
Takde masalah.

Layan gambar sekitar showroom baru mereka.









Dan yang paling i suka..........................


*

*

*

*

*

*


Kalau lah i dapat semua kasut2 ni...


Lepas je appointmnet dgn RR, terus ke Rumah Kebaya Malaysia (RKM).
Saje nk lepas rindu pada baju-pujaan-hati.
Dan memang juga berniat mahu fitting lagi untuk sedap kan hati dan mata.

As usual, i sampai lambat stgh jam.=)
Kak Sitti dan AF da tunggu.
Masuk-masuk terus cuci mata tengok baju-baju baru.
RKM memang tak pernah menghampakan.
Rambang mata kalau da masuk showroom RKM.
Rasa macam semua pun nk try.
Cuma muat dgn tak muat jela.haha.
Nampak baju Cik Atia da open for rent.
Meleleh air liur.
Cantik yg hamat. The detailing i tell uuuuuuu..superb!

Sampai ke baju-pujaan-hati, takut-takut i nk try.
Memang da tawu badan semakin menggemuk.
Keluar je dr fitting room mmg da sedih gile.
Jangan kata nak kancing, sampai part lengan je dak tak muat.
Ko gileeeeeee..
Lagi sebulan lebih nak kawen baju tak muat.
Nak mintak try baju lain, Kak Sitti ngn AF tak bagi.
En Kunyit pn tak bagi.
Kata mereka nanti i senang hati dan tak berusaha untuk kuruskan badan sebab tahu ade option lain.
Nak ambil gamba pun x sampai hati.
Bughuk sangat ghupenye.

Baju bertandang pula, mase 1st fitting tempoh hari baju adalah sedikit besar.
Tapi bile fitting haritu, da muat-muat je.
Tak perlu kecikkan lagi.
Eh, ape maksudnya tu?
Maksudnya bukan baju yang mengecil, tapi badan da membesar.
En Kunyit bising lagi.
I redha dan tadah je telinga.

Dalam hati sendiri berbisik,
"Masih ada masa lagi untuk mengecilkan sedikit badan."


1 bulan 2 minggu.
Mungkin bile pergi kursus akan berpeluang untuk kurus sebab kami dipaksa berlari sejauh 2.4 km setiap hari sepanjang kursus.
Nampaknya peluang masih ada.=)


Psstttt..Psttt..

dengar cerita Rumah Kebaya Malaysia mahu buat DOUBLE PROMOTION.

Bilakah?Dimanakah?
Kita tunggu...
Bukan senang nk dapat promo GILA-GILA dari RKM ok.
Makanya,b2b sila jangan lepaskan peluang.

Eh, i sendiri pun sexcited mahu tawu apa promotion dr RKM.
Untuk further info, Click RKM.



Tuesday, September 27, 2011

Bile tinggal 3 hari je lagi..

Bile tinggal hanya 3 hari je lg untuk ke kursus.
Bermakna tinggal 3 hari jugak untuk settle kan segala hal yang masih pending sbb hanya tinggal 1 bulan 2 minggu je sebelum Hari Besar itu.

Yeeee..Tak seperti org lain, Hari Besar i jatuh ketika i sedang berkursus.
Bukan sebarang kursus, tapi kursus yang bikin i tak boleh balik rumah walau seminggu sekali.
Mungkin hanya dapat balik 2 minggu sekali.
Atau mungkin juga sebulan sekali.
Yang paling penting kursus ni hanya akan tamat pada 31 Mac 2012.
Dan pada Hari Besar itu, i hanya dibenarkan pulang pada Hari Jumaat hingga Ahad.
Means tiada waktu untuk last minute preparation, tiada waktu untuk berehat-rehat selepas penat menjadi Ratu Sehari.
Apatah lagi untuk berhornymoon.Jangan la berharap.
Memang langsung tidak berkesempatan.
Sedangkan Cuti Hari Krismas pun belum tentu dapat balik, ini kan pula untuk bercanda ria.Mintak mahap.



Kepada bakal husband,
I minta maaf sangat sebab tak dapat buat last minute preparation bersama.
I minta maaf sangat sebab tak dapat tolong dari awal untuk buat DIY pelamin seperti yang dijanjikan.
I minta maaf sangat sebab tak dapat sediakan segala keperluan u untuk 6 bulan terawal nanti.
Maaf sangat-sangat.

Owh, satu lagi sebelum i lupe..
I minta maaf sebab terpaksa juga claim honeymoon.Walau kena pergi tahun depan.=)



Tuesday, September 13, 2011

Wedding dress tak muat. Sila nangis.


Few months back, singgah Rumah Kebaya, deal2 ngn Kak Sitti, lepas tu terus confirm and pay deposit.
Bila fitting baju, ngam2 je pakai baju-pujaan-hatiku tu..cantik.
Cume perlu kecikkan badan sendiri sedikit je lagi untuk tampil lebih menawan.cewahh.
Tapi tu cerita, 4 -5 bulan lepas.

*
*
*
*

Hari ahad lepas...
Dengan rase confident singgah Rumah Kebaya dan terus minta utk try baju-pujaan-hatiku tu.
Ya ampunnnnnnn..
Jangan kata sarung nangka, nak masuk bahagian lengan pun x muat weiiihhh...
Mmg down gile tgk badan sendiri bila menyarung baju-pujaan-hatiku tu.

Majlis tgl 2 BULAN je lagi!
Baju tak muat.
Sedih sangat sangat kot.
Kena kuat semangat untuk terus berdiet!
Sumpah.



Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya




(Pic : 1st Hari Raya at Melaka)

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Mohon maaf atas segala kesilapan.
Semoga lebaran ini mendapat keredhaanNya.
Tulus ikhlas dari Mawar and family.



Monday, August 22, 2011

Gunting, Ikat dan Kendian Tampal!


Weekend busy buat ni.

Alhamdulillah..
Dengan kerjasama dari Cikgu Biah, Baby dan En Kunyit, dari 300 sudah up kepada 500.
Lagi 1200 perlu disiapkan.
Tq sayang-sayang sekalian.
=)

Memang rasa sgt bersalah menyusahkan ramai orang dgn kerja-kerja remeh ni.
Tapi klu i buat sorang2 utk 1700 pcs tu, mungkin 2 tahun lagi baru siap.maka 3 tahun lagi baru boleh kawen.
Nak ke??taknak kan.
=p

Kan orang kata sepakat membawa berkat.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
So,masa-masa macam ni la adalah yang paling tepat untuk aplikasi segala peribahasa .
Ye tak?

Thursday, August 18, 2011

Baju Raye Pink Dah Dalam Lemari Rumah i!




Alhamdulillah.
2 hari lepas terima parcel dari Bandung.
Baju yg di tinggalkan untuk dijahit di Seruni Butik, Pasar Baru Bandung selamat sampai.

2 hari lepas i bayar duit thru Western Union, barang terus smpi ke ofis.
Semuanya 1 pasang dress, 3 pasang baju kurung dan 1 extra kain kembang-perasan-ala-ala-rizalman. =p
Puas hati ngn jahitan dorang. kemas.worth to pay!
Murah pun murah. Upah jahit baju + lining hanya rp250,000 lebih kurang rm85 duit kita.
Kt sini mane nk dapat?
Tempah baju kurung without lining pun da lapan ploh hengget. Kalau ade lining double.
Kalau kain lace, lain pulak harga die.
Btol kan??

Mase mule2 tu mmg tawakal je tinggal kan baju kt sane, rase macam..

'Eh boleh percaya ke?'


'Boleh sampai ke baju2 aku?'

'Nanti aku da bayar duit, dorang x post baju2 aku plak,haaa sudah!'

Tapi nak cuba jugak.Tawakal tu penting.
Naseb dorang cume minta deposit rp100,000.lebih kurang rm30 duit kite.
So kalau rugi pun tak banyak sangat.Eh, boleh?hee.

Pada tarikh yg dorang janji nak siap kan baju, i dapat msg kt hp bgtau suruh cek email utk tgk semua baju ok ke tak.
Fuuuhh..Lega cket.
Tapi masih ade ragu-ragu.

Ade satu baju tu dlm gamba i tgk ade lining kt tangan, i terus mintak dorang buang lining tu.
Besok nya die email lagi, tunjuk pulak baju yg da siap buang lining tu.
Hati rase makin yakin.
Selesai tengok gamba semua baju dan puas hati, baru dorang minta kita bayar thru Western Union.
Senang je rupanya bayar thru Western Union ni.
ok, mmg i jakun.tak tahu pun sebelum ni macam mane.
Cuma perlu nama penuh penerima je rupenya ek.

Pergi kt kaunter Western Union di mana-mana bank /pejabat pos pun, dorang akan bagi borang.
Kita cakap la nak hantar duit ke Negara mane and berapa jumlah duit yg nak dihantar.
Dorang akan convert kan ke RM terus.
Dalam borang tu cuma perlu isi nama penuh penerima.
Nama dan address pengirim pun kena isi.
Lepas da isi dorang akan proses borang kita tu.
Then kita akan dapat no pin.
No pin tula kite kena bagi kt orang yg nk terima duit tu.
Orang yg terima duit tu pulak juz pegi mana-mana kaunter Western Union kt negara dia, and bg no pin tu.
5 minit je dorang da boleh dapat duit tu.
Senang kan?
Tapi western Union ni ade charge. I tak ingat berapa percent.
Macam i aritu,
Total upah tempah baju + postage adalah rp 1,500,000 (READ : satu JUTA lima ratus RIBU).Eh,skrg main juta-juta je okkkk.hahaha!
Means lebih kurang RM530 duit kita.
Charge Western Union RM11.
Ok la kan?
Lain tahun boleh buat lagi.
=p

Da, selesai kisah baju raya. Gantung siap-siap baju pink dalam lemari.
Tunggu nak pakai pegi kerja je 1st raya nanti.
Ok, nangis.=((



**Sedikit update untuk entry Hari Raya Punya Cerita.
Sebenanye, I bukan kena kerja sebab rumah dekat ngn ofis.
Tahun ni, org Kelantan, Terengganu pun x boleh balik kampung raya pertama.
Bujang ke da berfamily ke..
Kena kerja jugak!
Sebab tahun ni kan kita sambut Raya dan Merdeka serentak. Makanya sambutan Hari Merdeka pun depa buat mase 1st raya tu nanti.
Ko boleh terima takkkkk???!!
Ni utk Melaka, negeri lain i x sure!
Orang Melaka memang rajin kerja, macam i.
Ok, bye!

Tuesday, August 16, 2011

Hari Raya Punya Cerita!



Hari raya pertama tak dapat cuti.
Harus bekerja hingga ke tengah hari.
Tapi mungkin i akan lari2 jugak untuk beraya dgn family.
(Eh, da mcm pantun 3 kerat pun ade.)
Gila ape hari raya pun kena kerja.
Tapi da kata SAYA YANG MENURUT PERINTAH, tak boleh nak kata apa la.
Redha.
Baju raya boleh simpan dlm lemari.
Ok, tipu.
I tetap jugak berbaju raya walau bekerja.
=)

Haiiihh..sapa kata org kerajaan tak de kerja?
kerja rilex?
Makan gaji buta?
Meh lesing cket.
Da kerja baru tawu.
Ok,tu je. bye!


Thursday, August 11, 2011

Mahkota Parade -I'm A Mega Style Star Week 5!

Salam Peeps!
Ingat lagi entry NI?
Alhamdulillah..rezeki adik i.
She's one of the winner and dapat RM100 Parkson shopping voucher.
Boleh la wat top up duit beli Raya's stuff.

Now, its my turn!
mane tahu rezeki saya untuk beli kasut raya di Parkson kann.
=)

So people..
Pls..pls..and pls help me out to win this I'm A Mega Style Star contest by Mahkota Parade!

Juz Click Like at Mahkota Parade Page :
(LINK).

Then, click 'Like' kt Photo saya (walaupun korang tak berapa nk like photo tu eh..=p) :
(LINK)


Tq sayanggggssss!!!
Mudah-mudahan murah rezeki kite semua bulan2 pose ni.
Sayang korang.
*Muahhhhss*
=)

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday Volume 4 - Baju Raya





Gambar baju raya yang di email oleh Butik Seruni, Bandung malam tadi.
Insyaallah next week sampai.
Senyum. =)

Tuesday, August 9, 2011

Ayam Penyet Pak Karso.Traffic Jam.Tanah Abang.Pasar Baru.



Makanan yang super sedap!
Ayam Penyet Pak Karso terbaik!
Sup Buah adalah heaven!
Traffic Jam sgt teruk!
Pak Supir saya yg kaya tp humble is the best!
Tanah Abang yang super sesak-macam-dalam-stadium!
Pasar Baru yang buat saya singgah hampir setiap hari selama di sana!
Rumah Mode yang buat koleksi baju saya bertambah!

That's all i can say about Bandung and Jakarta!
Tunggu nanti saya cerita lebih lanjut.
Tp disebabkan masa yang SANGAT suntuk semasa di sana, maka gambar adalah TERSANGAT kurang.
Dlm flight blk baru menyesal.
Tapi alhamdulillah..
Byk benda yg sempat saya settle kan selama 5 hari di Bandung and Jakarta!

Baju bajan family members including aunties' and cousins',flower girl's dress and page boy's suit and yang paling penting invitation card da boleh slash dalam checklist.
Alhamdulillah..

3 bulan sebelum saya menjadi Puan Kunyit.
Semoga semuanya dipermudahkan dan dilindungi olehNYA.
Insyaallah..=)

Friday, August 5, 2011

Wedding Checklist - 3 months to the day

Date
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Kursus Kahwin & Legal Documents
- Kursus Kahwin : Done
- Legal Docs (HIV Test, Borang Nikah and Tok Kadi's Thingy):Pending


Theme
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Venue
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Make Up Artist (MUA)
- Nikah : Done. Deposit paid
- Bride's Reception : Done. Deposit paid
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Pelamin & Decoration
- Nikah : DIY
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : DIY


Catering & Canopy
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Considered Done. settle by En Kunyit's family.


Official Photographer (OP)
-Pre Wedding : Done
- Nikah : Done. Deposit paid
- Bride's Reception : Done. 30 % deposit paid
- Groom's Reception (Bertandang) : Done. Deposit paid


Official Videographer (OV)
- Nikah : Done. 30% deposit paid
- Bride's Reception : Done. 30% deposit paid
- Groom's Reception (Bertandang)


Wedding Dress and Accessories
- Nikah : Done. 30% deposit paid.
- Bride's Reception : Done. 30% deposit paid.
- Groom's Reception (Bertandang) : Done. 30% deposit paid


Wedding Shoes
- Nikah : Pending
- Bride's Reception : Pending
- Groom's Reception (Bertandang) : Pending


Wedding Favors
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception : Done


Invitation Cards
- Nikah
- Bride's Reception : Done. To confirm the design with Vendor from Bandung
-Groom's Reception : Done.To confirm the design with Vendor from Bandung


Bunga Pahar
- Nikah
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


Hantaran & Decorations
- For her : 7 dulangs.Pending
- For him : 9 dulangs.Pending
- Hantaran Decorations : Pending.DIY


Handbouquet
- Nikah : Pending
- Bride's Reception : Pending
- Groom's Reception (Bertandang) : Pending


Entertainment
- Nikah (PA System) : Pending
- Bride's Reception (PA System/Silat/Kompang/Penari/Live Band) : Pending. to discuss
- Groom's Reception (Bertandang) : En Kunyit's family to settle.


Wedding Stationery
- Guest Book (Design/Ideas) : Pending
- Road Signage (Design) : Pending
- Table Centrepiece : Pending. to collect tin can.
- Thank You Tag : Pending
- Banner/Bunting : Pending


Family, Bridesmaids/Flower Girls & Maid of Honour Outfit
- Nikah : Done
- Bride's Reception : Done
- Groom's Reception (Bertandang) : Done


SPA Treatment
-1st treatment done!2nd, 3rd and 4th will follow

Thursday, August 4, 2011

Pre Wedding Photos siap!

Salam peeps..


Maybe ramai yang da tengok gamba Pre Wedding di FB.
Sampai je ofis pagi tadi terus gigih upload gamba-gamba dari blog AF.

Terima kasih kepada Ahmad Fairus atas hasil yang sangat tip top!
I ngn En Kunyit mmg puas hati.
Berbaloi sangat dengan bayaran.
Naseb sempat borak2 ngn AF and terus deal untuk buat pre wedding di Spore mase wedding Atia tempoh hari.

Lucky me sbb Ahmad Fairus hanya charged me on transportation dan juga accomodation.
Katanya mmg nak cari org untuk photoshoot di Spore.
Jangan kata i membazir buat pre wedding shoot di Spore, sbb cost nya sama klu i buat di Kuala Lumpur.

Since Spore mmg tgh sale and i mmg nak cari barang hantaran di sana, maka terus setuju.
Tambahan pula, accomodation untuk i dan En Kunyit sudah save sbb i tido rumah nenek sahaja di Hougang. =)

Pada sape2 yang masih belum punya OP untuk wedding or any events, please contact Ahmad Fairus sbb i percaya korang tak akan regret!
For Ahmad Fairus's quotation just click HERE.

I masih mahu jugak menempel semua gamba-gamba Pre Wedding kt blog.
Silakan tengok.
=)
































p/s : Cerita Bandung kendian baru i update ok.