Friday, February 10, 2012

Curik masa!

Mencuri sedikit masa untuk update blog.
Tinggal lagi sebulan lebih je lagi untuk menghadap Kursus ni.
Pejam celik pejam celik sekejap je nak abes da 6 bulan.
Lepas ni blog akan di update seperti biasa.

Eh, rasa lain bile da lame tak menulis.

Sunday, January 8, 2012

Nikah dress and veil from Rizman Ruzaini open for rent!

Nikah dress and veil from Rizman Ruzaini open for rent.
Pls call me for any enquiries.
012-2572191
peace yawww!





Wednesday, December 21, 2011

Update Reception 12.11.11 sedikit!

Pada yang merindui..cewahhh.;p
Gambar sekitar majlis i tempoh hari.
Mane yg sempat upload je i masukkan..
sumpah rindu gile nk blogging.
another 3 months to go...
Date : 12 Nov 2011
Venue : Home sweet Home , Melaka
Official Photographer : Mohd Ming from Mukhriz Udey Photography.















Besok i start modul wataniah untuk sebulan....
Huwaaarggghhh.Sebulan tak boleh balik dan sebulan juga menjadi Prebet Jamilah.
Sumpah, i've to be tough..
Kesian hubster sebulan tak jumpa.
=(

Saturday, December 17, 2011

Update selepas berkahwin!

Happy saturday guys!;)
Subhanallah,rasa rindu nak berblogging.
Lama tak jengah blog ni.
Rase mcm tak tahu nak start dr mane.:D

Ok,ok..byk gile hutang update entry.
Review majlis kahwen tempoh hari pun x buat lagi.
Jadual kursus yang sgt pack buat takde mase nak jengah blog ni.:(

Dah 1 bulan stengah menjadi Puan kunyit.
;)
Yang tak bestnya, I di KL n En kunyit di Melaka.
:(
Terpaksa menjadi weekend husband sehingga bulan April tahun depan.
Sumpah tak sukaaaa..
Kenapa lah kena ade kursus yang macam ni smpai 6 bulannnn..
Hurrrmmmm..
Bertabah lah wahai hati..

Wednesday, November 16, 2011

I'm Married!Alhamdulillah..

Syukur alhamdulillah..
Dengan hanya sekali lafaz, pada 11.11.11 i sah bergelar puan!
Isteri kepada En Kunyit dan dinikahkan sendiri oleh Cik Olla.

Perasaan??
Cuak,risau, happy, sedih...Semua ade la!
Macam tak percaya yang DIA adalah jodoh yang terbaik buat i.
Siapa sangka dari perkenalan sebagai 'kekasih gelap', kini kami sah menjadi suami isteri.
Syukur sangat pada tuhan atas kurniaanNYA!


Tanggungjawab sebagai seorang isteri bermula..walaupun i terpaksa berjauhan dengan En Kunyit sehingga bulan April next year.
Harapan i agar En Kunyit boleh menjadi ketua dalam keluarga kami kelak dan boleh memimpin i menjadi seorang isteri yang solehah..


Gambar di sekitar Malam pernikahan yang i cilok dr fb OP.
=)



My DIY nikah dais.

Me while getting ready for nikah!
eh, muka macam cuak..Tp i byk kali tanya kt mua bila i nk rasa takut.
Seriously, rasa takut lambat sangat sampai.

Done with the make up!
Subhanallah..i luv the natural look.=)


Hubster interviewed by tok imam!


Masa ni da cuak..
I mintak permission dengan tok imam untuk keluar and tengok sendiri En Kunyit dinikahkan.
Sekali seumur hidup, i x nak tertinggal detik itu..
=)


Sedikit info malam nikah :

Official Photographer : Sam Rais
Official Videographer : CST Production
Make up : Salima
Nikah dress : Rizman Ruzaini
Nikah hijab and veil : Rizman Ruzaini
Nikah Dais : DIY
Nikah shoes : Summit Signature
Nikah Handbouqet : Intan Norazam Abd Latif
Henna : Chanteq Henna Creation


Later i akan review details of malam nikah k!
Nite2!






Sunday, November 6, 2011

hello there!

hello world i'm back!
5 more days to my wedding day.
ok i cuak.

Tuesday, October 25, 2011

Cuti Kawen 3 minggu!!Yeahhhh!!

Alhamdulillah..
Finally dapat jugak tawu berapa hari dapat 'lari' during my wedding!
=)

Actually En Kunyit dan i memang da redha dari awal lg.
Malas da berharap lebih-lebih sebab tengok previous batch dapat 2 hari cuti pun da baik.
Hornymoon jugak terpaksa difikirkan kendian hari lepas abes kursus.

Tapi semalam jumpa dengan penyelaras kursus, and dapat berita gembira!
I diberi perlepasan untuk cuti 3 minggu!
Yeaahhhh!!
Syukurrrrrr!!!

Walau terpaksa ulang a few moduls,lagi bagus kot dari dapat cuti 3 hari.
Kann??

Sekarang i da boleh senyum panjang..
=)

Owh yeee..sekadar ingin berkongsi.
Sehingga hari ni i da berjaya kurangkan berat badan sehingga 3 kg!
Amiiiiinnnnn..


p/s : Sedang gigih mengedar kad jemputan..
Sape2 yang nak dtg my wed, u are most welcome girlssss!!
Do leave me ur address k!
**muuuuuaaahhh**








Sunday, October 16, 2011

My 1 month activities before Wedding!

Serabut sangat dengan kursus.
Dengan assingment yang melambak-lambak.
Dengan rutin harian yang sangat sangat penat.
Langsung tak sempat nak fikir pasal majlis.

Tak sempat langsung nak tengok blog.
Seriously, mmg sedikit tertekan.

Did i tell u guys that during my 1st 3 days kt kursus ni memang langsung tak tido malam?
Lepas je registration kami terus di bawak untuk outdoor activities which is camping.From KL, saya di bawa ke Melaka untuk bercamping.

During the 3 days camping, memang takde masa untuk mandi apatah lagi berehat.
Bayangkanlah lepas berpenat-penat dan berpeluh-peluh disebabkan aktiviti yg super lasak which is berkayak,berakit,berendam dalam lumpur, explorace and etc, kami tiada masa untuk mandi.
Hanya sempat mandi bila habis aktiviti iaitu jam 4.30 pagi.
Pukul 5.30 pagi da kena bangun untuk solat subuh dan senaman pagi.
Setiap hari aktiviti bermula jam 5.30 pagi dan hanya akan berakhir jam 4.30 pagi keesokan harinya.

Kami sendiri pelik mana datangnya tenaga untuk kami melakukan segala aktiviti yang maha lasak tanpa berehat dan tido.
Denda?jangan cakap.
Pumping, push up, star jump, squad jump semua lengkap

Jerawat kat muka jangan cakap.
Tak mampu untuk dibilang lagi.
Lengkap dgn pakej sunburn dan mata panda juga.

Selesai 3 hari yang UBER stress, mula pula modul di dalam kelas.
skrg ni, i kt Terengganu sampai nextweek.

Owhh, satu lagi yang tak bestnye.
A week before my big day, i ada 1 week outdoor aktiviti.
Among the activities nanti adalah berkayak keliling pulau di laut selama 2 atau 3 hari.
Dan kemudiannya pula ada lagi camping.
Macam mana la i tak cakap i stress??
Orang lain sebelum kahwin sibuk ber spa, manicure,pedicure segala.
Tapi i?

Cakap banyak pun tak guna. That's the fact i have to face.
I'm the one who made the decision so i kena belajar untuk redha.
Bukan senang nak jadi senang kan?




Wednesday, October 12, 2011

1 month to go..

1 month to go..
I tak boleh balik rumah walau takde aktiviti di hujung minggu.
Sumpah tak paham.
Terpaksa duduk di sini.
Minggu ni di Terengganu.
Kalau la boleh balik ke Melaka.....
=(

Wednesday, September 28, 2011

Wedding Progress : Meet the Dress Maker.

Ingat lagi entry wedding dress i yang tak muat?
Seminggu lepas raya i buat appointment dgn 2 org yg bertanggungjawab untuk sediakan semua wedding outfit.
Sebelum kisah ke rumah Kebaya untuk fitting baju Reception (yang da tak muat tu) dan bertandang, i da buat appointment jugak dengan org yg bertanggungjawab untuk buat baju nikah.

1st appointment dulu, Rizman da sketch baju seperti yg i mintak.
Ingat lagi entry ni?Ade i letak sketch yg Rizman da buat.

So 2nd time jumpa hari tu, i jumpa dgn Ruzaini sbb Rizman ade hal di luar sekejap.
I ade minta die ubah cket design here and there.
Being me...selagi tak nmpk depan mata, selagi tu i tak puas hati.


1st appointment dulu i tak buat measurement lagi.
Sbb kononnya mahu kurus sebelum ukuran badan diambil.
Nahh..tapi rasakan. Rupanya berat naik 3kg semasa measurement diambil tempoh hari.

Senang deal dgn Rizman dan Ruzaini.
2 designer yg mmgtak akan mengecewakan dgn hasil kerja dorang.
Peramah dan rajin melayan karenah i.
PR sangat bagus.
Walau i bukan Krisdayanti mahu pun Tok Ti.
Cuma kadang-kadang kita perlu comfirmkan 2, 3 kali untuk buat sebarang appoinment.
I rasa itu benda biasa kalau kita nak curi masa mereka-mereka yg deal dgn dunia artis.
Kita perlu ikut masa mereka.
Satu yg bagusnya, kalau kita call dan mereka tak pick up phone, mereka akan return call kita balik walau macamana pun.
I tak tahu orang lain.
So far, i senang deal dgn mereka berdua.
Takde masalah.

Layan gambar sekitar showroom baru mereka.









Dan yang paling i suka..........................


*

*

*

*

*

*


Kalau lah i dapat semua kasut2 ni...


Lepas je appointmnet dgn RR, terus ke Rumah Kebaya Malaysia (RKM).
Saje nk lepas rindu pada baju-pujaan-hati.
Dan memang juga berniat mahu fitting lagi untuk sedap kan hati dan mata.

As usual, i sampai lambat stgh jam.=)
Kak Sitti dan AF da tunggu.
Masuk-masuk terus cuci mata tengok baju-baju baru.
RKM memang tak pernah menghampakan.
Rambang mata kalau da masuk showroom RKM.
Rasa macam semua pun nk try.
Cuma muat dgn tak muat jela.haha.
Nampak baju Cik Atia da open for rent.
Meleleh air liur.
Cantik yg hamat. The detailing i tell uuuuuuu..superb!

Sampai ke baju-pujaan-hati, takut-takut i nk try.
Memang da tawu badan semakin menggemuk.
Keluar je dr fitting room mmg da sedih gile.
Jangan kata nak kancing, sampai part lengan je dak tak muat.
Ko gileeeeeee..
Lagi sebulan lebih nak kawen baju tak muat.
Nak mintak try baju lain, Kak Sitti ngn AF tak bagi.
En Kunyit pn tak bagi.
Kata mereka nanti i senang hati dan tak berusaha untuk kuruskan badan sebab tahu ade option lain.
Nak ambil gamba pun x sampai hati.
Bughuk sangat ghupenye.

Baju bertandang pula, mase 1st fitting tempoh hari baju adalah sedikit besar.
Tapi bile fitting haritu, da muat-muat je.
Tak perlu kecikkan lagi.
Eh, ape maksudnya tu?
Maksudnya bukan baju yang mengecil, tapi badan da membesar.
En Kunyit bising lagi.
I redha dan tadah je telinga.

Dalam hati sendiri berbisik,
"Masih ada masa lagi untuk mengecilkan sedikit badan."


1 bulan 2 minggu.
Mungkin bile pergi kursus akan berpeluang untuk kurus sebab kami dipaksa berlari sejauh 2.4 km setiap hari sepanjang kursus.
Nampaknya peluang masih ada.=)


Psstttt..Psttt..

dengar cerita Rumah Kebaya Malaysia mahu buat DOUBLE PROMOTION.

Bilakah?Dimanakah?
Kita tunggu...
Bukan senang nk dapat promo GILA-GILA dari RKM ok.
Makanya,b2b sila jangan lepaskan peluang.

Eh, i sendiri pun sexcited mahu tawu apa promotion dr RKM.
Untuk further info, Click RKM.