Wednesday, September 28, 2011

Wedding Progress : Meet the Dress Maker.

Ingat lagi entry wedding dress i yang tak muat?
Seminggu lepas raya i buat appointment dgn 2 org yg bertanggungjawab untuk sediakan semua wedding outfit.
Sebelum kisah ke rumah Kebaya untuk fitting baju Reception (yang da tak muat tu) dan bertandang, i da buat appointment jugak dengan org yg bertanggungjawab untuk buat baju nikah.

1st appointment dulu, Rizman da sketch baju seperti yg i mintak.
Ingat lagi entry ni?Ade i letak sketch yg Rizman da buat.

So 2nd time jumpa hari tu, i jumpa dgn Ruzaini sbb Rizman ade hal di luar sekejap.
I ade minta die ubah cket design here and there.
Being me...selagi tak nmpk depan mata, selagi tu i tak puas hati.


1st appointment dulu i tak buat measurement lagi.
Sbb kononnya mahu kurus sebelum ukuran badan diambil.
Nahh..tapi rasakan. Rupanya berat naik 3kg semasa measurement diambil tempoh hari.

Senang deal dgn Rizman dan Ruzaini.
2 designer yg mmgtak akan mengecewakan dgn hasil kerja dorang.
Peramah dan rajin melayan karenah i.
PR sangat bagus.
Walau i bukan Krisdayanti mahu pun Tok Ti.
Cuma kadang-kadang kita perlu comfirmkan 2, 3 kali untuk buat sebarang appoinment.
I rasa itu benda biasa kalau kita nak curi masa mereka-mereka yg deal dgn dunia artis.
Kita perlu ikut masa mereka.
Satu yg bagusnya, kalau kita call dan mereka tak pick up phone, mereka akan return call kita balik walau macamana pun.
I tak tahu orang lain.
So far, i senang deal dgn mereka berdua.
Takde masalah.

Layan gambar sekitar showroom baru mereka.









Dan yang paling i suka..........................


*

*

*

*

*

*


Kalau lah i dapat semua kasut2 ni...


Lepas je appointmnet dgn RR, terus ke Rumah Kebaya Malaysia (RKM).
Saje nk lepas rindu pada baju-pujaan-hati.
Dan memang juga berniat mahu fitting lagi untuk sedap kan hati dan mata.

As usual, i sampai lambat stgh jam.=)
Kak Sitti dan AF da tunggu.
Masuk-masuk terus cuci mata tengok baju-baju baru.
RKM memang tak pernah menghampakan.
Rambang mata kalau da masuk showroom RKM.
Rasa macam semua pun nk try.
Cuma muat dgn tak muat jela.haha.
Nampak baju Cik Atia da open for rent.
Meleleh air liur.
Cantik yg hamat. The detailing i tell uuuuuuu..superb!

Sampai ke baju-pujaan-hati, takut-takut i nk try.
Memang da tawu badan semakin menggemuk.
Keluar je dr fitting room mmg da sedih gile.
Jangan kata nak kancing, sampai part lengan je dak tak muat.
Ko gileeeeeee..
Lagi sebulan lebih nak kawen baju tak muat.
Nak mintak try baju lain, Kak Sitti ngn AF tak bagi.
En Kunyit pn tak bagi.
Kata mereka nanti i senang hati dan tak berusaha untuk kuruskan badan sebab tahu ade option lain.
Nak ambil gamba pun x sampai hati.
Bughuk sangat ghupenye.

Baju bertandang pula, mase 1st fitting tempoh hari baju adalah sedikit besar.
Tapi bile fitting haritu, da muat-muat je.
Tak perlu kecikkan lagi.
Eh, ape maksudnya tu?
Maksudnya bukan baju yang mengecil, tapi badan da membesar.
En Kunyit bising lagi.
I redha dan tadah je telinga.

Dalam hati sendiri berbisik,
"Masih ada masa lagi untuk mengecilkan sedikit badan."


1 bulan 2 minggu.
Mungkin bile pergi kursus akan berpeluang untuk kurus sebab kami dipaksa berlari sejauh 2.4 km setiap hari sepanjang kursus.
Nampaknya peluang masih ada.=)


Psstttt..Psttt..

dengar cerita Rumah Kebaya Malaysia mahu buat DOUBLE PROMOTION.

Bilakah?Dimanakah?
Kita tunggu...
Bukan senang nk dapat promo GILA-GILA dari RKM ok.
Makanya,b2b sila jangan lepaskan peluang.

Eh, i sendiri pun sexcited mahu tawu apa promotion dr RKM.
Untuk further info, Click RKM.



Tuesday, September 27, 2011

Bile tinggal 3 hari je lagi..

Bile tinggal hanya 3 hari je lg untuk ke kursus.
Bermakna tinggal 3 hari jugak untuk settle kan segala hal yang masih pending sbb hanya tinggal 1 bulan 2 minggu je sebelum Hari Besar itu.

Yeeee..Tak seperti org lain, Hari Besar i jatuh ketika i sedang berkursus.
Bukan sebarang kursus, tapi kursus yang bikin i tak boleh balik rumah walau seminggu sekali.
Mungkin hanya dapat balik 2 minggu sekali.
Atau mungkin juga sebulan sekali.
Yang paling penting kursus ni hanya akan tamat pada 31 Mac 2012.
Dan pada Hari Besar itu, i hanya dibenarkan pulang pada Hari Jumaat hingga Ahad.
Means tiada waktu untuk last minute preparation, tiada waktu untuk berehat-rehat selepas penat menjadi Ratu Sehari.
Apatah lagi untuk berhornymoon.Jangan la berharap.
Memang langsung tidak berkesempatan.
Sedangkan Cuti Hari Krismas pun belum tentu dapat balik, ini kan pula untuk bercanda ria.Mintak mahap.



Kepada bakal husband,
I minta maaf sangat sebab tak dapat buat last minute preparation bersama.
I minta maaf sangat sebab tak dapat tolong dari awal untuk buat DIY pelamin seperti yang dijanjikan.
I minta maaf sangat sebab tak dapat sediakan segala keperluan u untuk 6 bulan terawal nanti.
Maaf sangat-sangat.

Owh, satu lagi sebelum i lupe..
I minta maaf sebab terpaksa juga claim honeymoon.Walau kena pergi tahun depan.=)



Tuesday, September 13, 2011

Wedding dress tak muat. Sila nangis.


Few months back, singgah Rumah Kebaya, deal2 ngn Kak Sitti, lepas tu terus confirm and pay deposit.
Bila fitting baju, ngam2 je pakai baju-pujaan-hatiku tu..cantik.
Cume perlu kecikkan badan sendiri sedikit je lagi untuk tampil lebih menawan.cewahh.
Tapi tu cerita, 4 -5 bulan lepas.

*
*
*
*

Hari ahad lepas...
Dengan rase confident singgah Rumah Kebaya dan terus minta utk try baju-pujaan-hatiku tu.
Ya ampunnnnnnn..
Jangan kata sarung nangka, nak masuk bahagian lengan pun x muat weiiihhh...
Mmg down gile tgk badan sendiri bila menyarung baju-pujaan-hatiku tu.

Majlis tgl 2 BULAN je lagi!
Baju tak muat.
Sedih sangat sangat kot.
Kena kuat semangat untuk terus berdiet!
Sumpah.



Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya




(Pic : 1st Hari Raya at Melaka)

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Mohon maaf atas segala kesilapan.
Semoga lebaran ini mendapat keredhaanNya.
Tulus ikhlas dari Mawar and family.