Tuesday, November 16, 2010

Our true love story {CST PRODUCTION}

Pada bln April 2007, bermula episod Si budak perempuan yang terpaksa menjalani latihan praktikal di salah sebuah jabatan kerajaan di negeri Melaka. Oleh kerana dia telah puas berada di perantauan, iaitu Sabah semasa zaman universiti nya, maka Si budak perempuan pun mengambil keputusan untuk menjalankan praktikalnya hanya di Melaka, iaitu negeri kelahirannya. Si budak perempuan telah bercita-cita untuk menambah 'kenalan' apabila berpraktikal kelak.

Pada hari pertama Si budak perempuan menjejakkan kaki ke Jabatan Pengairan Dan Saliran Melaka, Si budak Perempuan telah berkenalan seorang gadis comel bernama Eacha dan juga seorang gadis yang sangat pendiam dan perahsia bernama Atul. Maka mereka bertiga pun berkawan baik sepanjang menjalani praktikal. Pendek kata, kemana sahaja mereka pergi pasti bersama. Makan, solat, main ping pong, makan lagi dan segala aktiviti mencuri tulang juga dilakukan bersama. Eacha telah mula menjalani latihan praktikalnya di jabatan tersebut mulai dari bulan Januari lagi, ini bermakna sudah lebih kurang 4 bulan dia menjadikan JPS sebagai rumah keduanya. Ini juga bermakna, sudah ramai jejaka-jejaka yang perasan-hensem,ok-ok dan langsung-x-hensem mengenali dan menaruh perasaan terhadap Eacha. Atul pula mula menjalani latihan praktikalnya pada hari yang sama dengan Si budak perempuan. Oleh yang demikian, dia juga masih kelihatan agak blur2 seperti Si budak perempuan.

Memandangkan JPS Melaka terletak di tingkat 3 bangunan wisma negeri, maka terdapat banyak jabatan-jabatan lain di bangunan tersebut. Antaranya ialah PTG, JPBD dan lain-lain. Dan mereka ini semua berkongsi satu cafe yang sama. Jadi, agak bagus jugalah keadaan itu kepada Si budak perempuan yang sememangnya suka mencuci mata sejak dari azali lagi. Maka setiap hari la Si budak perempuan bersama rakan-rakan rapatnya (Eacha dan Atul) turun makan di cafe tersebut. Disebabkan Eacha mempunyai seorang kakak jelita bernama Kak Ain, bertugas di JPBD (tingkat 5 wisma negeri), maka ramailah mamat2 JPBD yang telah mengenali Eacha. Secara tidak langsung, Si budak perempuan dan Atul pun sama-sama mengenali mamat2 JPBD yang selalu menegur Eacha.

Pada suatu hari setelah 3 minggu menjalani latihan praktikal, Si budak perempuan bersama rakan-rakannya seperti biasa turun ke cafe pada jam lebih kurang 10 pagi. Setelah sampai di cafe Si budak perempuan bersama 2 orang lagi rakan rapatnya ketika itu terus menuju ke meja kosong. Seperti hari-hari sebelumnya, mereka terpaksa bergilir-gilir untuk pergi memesan makanan kerana tiada orang yang akan menjaga meja mereka. Tiba-tiba salah seorang budak lelaki yang duduk bersebelahan meja makan mereka bersuara,

"Cha, amek air aku ni letak kat meja korang. Nt takde lah org duduk meja korang tu ".

Tanpa berkata apa-apa, Eacha terus mengambil air tersebut lalu diletakkannya di atas meja mereka. Si budak perempuan hanya berkata-kata di dalam hati

"Baik jugak mamat ni. Tapi biaselah tu nk beli jiwaaaaaa".


Setelah memesan makanan, Si budak perempuan pun kembali ke meja mereka, lalu mengembalikan semula minuman si budak lelaki tadi. Lalu Si budak lelaki berkata

"Wak..tercekik saya tunggu air saya tu wak.Lamenye awak order makanan".


Si budak perempuan hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.

Apabila Eacha dan Atul kembali ke meja, Si budak lelaki bertanya kepada Eacha,

" Cha, ni sume membe praktikal jgk ke? X pnah nampak pn."

"Dorang baru masuk"

jawab Eacha.

"Owh, yang ni budak poli jgk eh?"


Tanya Si budak lelaki sambil menunding kepada Atul. Eacha hanya menggeleng dan menjawab,

"Bkan, bdk UTM!".

"Yang tu?"


Si budak lelaki bertanya lagi sambil menunding pula kepada Si budak perempuan.

"UMS!"

jawab Eacha. Si budak perempuan hanya tersenyum dan terus menghadap makanan di depan mata.

Maka, disinilah bermula kisah Si budak perempuan dan Si budak lelaki.......

Selepas daripada hari itu, Si Budak perempuan pun menjalani kehidupannya sebagai seorang budak praktikal seperti biasa. Masuk ofis jam 8, minum pagi (sarapan) jam 10, minum petang ( makan vadeyy yg sgt yummeehhh) jam 4 petang, pergi ke bilik riadah untuk bermain ping pong bersama Eacha, Abg Wan 1, Abg Wan 2 dan Epul jam 4.30 petang, kemudian pulang ke rumah jam 5 petang...

Hampir setiap hari, si budak perempuan akan terserempak dengan Si budak lelaki di cafe ketika waktu pagi dan minum petang. Si budak lelaki seperti biasa akan bergurau,

" Nak duduk kat meja ni bley tak?".

Si budak perempuan dan rakan-rakan hanya tersenyum.
Pada suatu hari, Eacha memanggil Si budak perempuan untuk menunjukkan komen seseorang kepadanya di friendster...

Cha, kem slam kt membe yg free hair tu eh.

Eacha menjawab komen tersebut dengan...

Owh,cari la die dalam friendster ni. Mawai..

Rupa-rupanya, Si budak lelaki ingin berkenalan dengan Si budak perempuan.Selepas daripada itu, si budak perempuan hanya senyum sahaja kepada Si budak lelaki jika terserempak di mana-mana. Mereka tidak pernah pula bertegur sapa. Pada suatu hari di ofis, Si budak perempuan menerima message di friendster.

Kunyit Ajaib has sent you a smile.

Si budak perempuan membalas message tersebut dengan 'smile' juga..Message yang seterusnya berbunyi begini..

U...
nk sign..
Sape name u eh?
nk num fon u bley x?

Memandangkan Si budak perempuan sememangnya tidak akan memberikan nombor telefonnya kepada sesiapa yang tidak dikenali, dia cume menjawab..

x boleh..
I x knal u..
Btw name i Mawar.

Semenjak hari itu, Si budak perempuan dan Si budak lelaki hanya berhubung melalui message di friendster setiap hari. Beberapa kali juga Si budak lelaki meminta nombor telefon Si budak perempuan tetapi tidak dilayan.. Jika mereka terserempak di cafe ataupun di mana-mana, Si budak perempuan akan buat seperti biasa, tidak lagi memandang atau senyum kepada si budak lelaki. Si budak lelaki tidak berputus asa untuk mendapatkan nombor telefon Si budak perempuan dan dia juga ada meninggalkan nombor telefonnya di dalam message friendster.Malang bagi Si budak lelaki kerana Si budak perepuan langsung tidak mengambil nombor telefon itu. Si budak perempuan hanya mengarahkan Si budak lelaki untuk mencarinya sendiri.

Pada suatu hari, Si budak perempuan tidak bekerja kerana pergi bercuti bersama keluarganya di Penang . Eacha menghantar message kepada Si Budak Perempuan ketika dia masih lagi tidur di atas katil..

Mawar, Si Kunyit mintak num fon ko..

Si budak Perempuan...

Kalau ko kawan aku jgn bagi dlu cha...

Eacha..

Alah, xpe..Bestman win. Aku da bagi da num ko kt die.=)

5 minit kemudian...

U..i da dpt da num u..
hahaha..terer kn i..
jgn marah eh u..

Si budak perempuan dalam tak nak, tak nak tu, sebenanye mahuuuuuuu...teheee..=p

Mulai hari itu, mereka sudah jarang berhubung melalui friendster, sebaliknya mereka kerap berhubung melalui handphone...Pada suatu hari setelah berhubung melalui telefon, Si budak lelaki telah mengajak Si budak perempuan berjumpa. Memandangkan si budak perempuan pernah menyatakan yang dia tidak makan pada waktu malam kerana berdiet, maka Si budak lelaki hanya mengajak Si budak perempuan keluar minum..
Pada mulanya Si budak perempuan menolak kerana sangat segan, dan memandangkan Si budak lelaki bersama rakannya, Abg Andi plopopi, maka bertambahlah perasaan malu di dalam diri Si budak perempuan. Itulah kali pertama Si budak perempuan mendengar suara Si budak lelaki di dalam telefon. Si budak lelaki hanya berkata ..

" U...I kat De Kawanku ni. U datang sini eh.. I x kire.. U datang jgk. i tunggu.."

walaupun ditolak berkali-kali oleh Si budak perempuan, tetapi Si budak lelaki tetap berdegil..

"Takpe, u xpyah segan.. U datang je. i tunggu u ni..".

Dengan bermacam-macam perasaan, si budak perempuan pun bersiap-siap dan pergi lah berjumpa Si budak lelaki. Si budak perempuan sempat memesan

"U jangan pandang eh klu i dtg nt..i segan".
(ok..yg ni sumpah gedik!!haha=p)


Rupa-rupanya Si budak lelaki sempat berpesan kepada rakannya, Abg Andy plopopi, agar tidak juga memandang kepada Si budak perempuan ketika Si budak perempuan datang kerana Si budak perempuan akan malu. Ini telah menjadikan Abg Andy plopopi agak meluat dengan perangai Si budak perempuan... Pada pertemuan kali itu, sempat juga Si budak perempuan mengukur ketinggian mereka tanpa disedari oleh Si budak lelaki. Rupa-rupanya, dalam diam Si budak lelaki juga turut melakukan benda yang sama.

Pertemuan kedua antara si budak lelaki dan Si budak perempuan terjadi apabila si budak lelaki menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabatnya di Selangor. Dalam perjalanan pulang, Si budak lelaki dan rakan pejabatnya telah singgah di Kajang untuk menjamu sate di sana. Maka Si budak lelaki turut membelikan Si budak perempuan. Setibanya Si budak lelaki di Melaka, dia terus menghubungi Si budak perempuan dan menghantar sate ke rumah Si budak perempuan lalu mengajak Si budak perempuan untuk keluar minum.. Si budak perempuan tidak menolak, lalu mereka pun keluar minum. ketika keluar minum, Si budak perempuan sempat bertanya dan berpesan kepada Si budak lelaki,

" I klua2 ngn u ni, xde org marah ke? I bkn pe.. I cume xnk bergado dgn sesape pn disebbkan lelaki."

Si budak lelaki hanya menjawab,

"Eh..Takdelah. Kan I belum kawen, sape nk marah I. sukahati i la nk klua ngn sape pn. Xde la u.. u jgn risau ehh. Takde org akn cari u.."

Itulah antara ayat-ayat Si budak lelaki yang masih diingati oleh Si budak perempuan sehingga kini. Dan disebabkan ayat ini lah maka Si budak perempuan tidak risau untuk meneruskan perhubungannya dengan Si budak lelaki. Tambahan pula, Si budak lelaki telah menunjukkan sikap dan perasaannya kepada si budak perempuan. Mereka menjadi semakin rapat dan terus rapat. Hari terakhir Si budak perempuan menjalankan praktikal di wisma negeri iaitu pada bulan 7,adalah hari yang amat dirasakan oleh Si budak perempuan.
Selepas ini, tiada lagi kereta Si budak perempuan dan Si budak lelaki yang sengaja mereka letak bersebelahan ataupun berhadapan. Tiada lagi adegan sorok menyorok di balik aiskrim cornetto besar di cafe wisma negeri. Tiada lagi rasa excited untuk turun minum pada jam 10 pagi dan 4 petang.

Si budak lelaki telah menujukan lagu 'Kekasih Gelapku' dendangan Ungu kepada Si budak perempuan.
Bagi si budak lelaki, lagu itu sangat mendalam maknanya..
sebabnya??
Biarlah hanya Si budak lelaki dan Si budak perempuan yang tahu....

Si budak perempuan pula menujukan lagu ' Kekasih Separuh Masa' dendangan the Lima kepada Si budak lelaki. Si budak perempuan merasakan bait-bait di dalam lagu tersebut amatlah bersesuaian dengan perhubungan mereka ketika itu..

Disebabkan Si budak perempuan juga suka akan lagu 'Tak Bisa Memilihmu', maka Si budak perempuan telah meminta Si budak lelaki untuk menjadikan lagu tersebut sebagai caller ringtone pada handphone Si budak lelaki. Maka, berkali-kali lah Si budak perempuan menelefon Si budak lelaki dalam satu hari dan meminta Si budak lelaki tidak mengangkat telefon agar dia dapat mendengar lagu itu...

Kini....
Si budak lelaki dan Si budak perempuan bukanlah lagi kekasih gelap, tetapi mereka telah menjadi kekasih sepenuh masa....

Tarikh 01.01.10 telah menjadi saksi Perjanjian Kisah Cinta Terhebat mereka..

Si Budak Lelaki dan Si Budak Perempuan kini sedang menghitung hari untuk sama2 meniti hari bahagia mereka..

Semoga perhubungan Si budak lelaki dan si budak perempuan dirahmati Allah dan berkekalan hingga akhir hayat..amin.

Setiap apa yang terjadi sebelum ini, hanya mereka berdua sahaja yang tahu sebab munasabab nya.
Dan setiap apa yang bakal terjadi, akan ditempuhi bersama..Insyaallah.


Si Budak Perempuan dan Si Budak Lelaki.=)


Si Budak Lelaki..

Saya sayang sangat die..
Sayang banyak tau..
Knape saye sayang sgt die?
Sbb die matahari saye..
Knape matahari eh?
Sbb dalam galaksi cume ade satu je matahari..
Mcm tu juga saye..
Dalam hati saya cume ade die sorang je..



Entry khas untuk Short Story Contest by CST Production.
Walaupun entry ni mmg i da pnah post dlu, but i've posted it again with a little touch up!
this is our story..=)
For more info regarding the contest u can juz click here www.facebook.com/cstproduction

31 comments:

Nadya Zahid said...

Mawai..sweetnyeeeee

Rilla said...

Oh, sangat sweet pantun [pantun ke?] towards the end of this entry. Ailoike

Unknown said...

sweet nya suka baca =) Moga kekal ke akhir hayat dear. Ameeen =)

QueenBz said...

waahhh. ko dah masuk contest nie mawai.
bestnya! aku pun cam nak join, kena start karang ayat. tapi idea tak kunjung tiba!

Mawar misswateva said...

nadya~sweetttt katanya..haha.


rilla~kire pantun la jgk tu.tp pantun berkerat-kerat.haha.


anaztasias~thanx nora.i doa u jgk kekal ke akhir hayat..=)

balkidz~mek, aku da pnah post cite ni dlu kt entry lepas.so xdela aku nk mengarang blk.aku juz copy n paste je.=)

lovelyadibah said...

suka!

Hunny Kitty said...

cool!!!
and good luck ye...bila nak naik pelamin nih???? hik3

Dee Dee said...

I have nothing to say to this...

EXCEPT -

WAHHAHAHAHAHHAHHAHAHHAHAHAHHAHA

btw, what happened to the bulan story?

one day mase graduation, di hyatt sabah. Di balcony. You. You nampak bulan tak? I tengah tgk bulan ni. jom tengok bulan samer samer..

AHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHA

kenangan yo! aku nakk bagi speech ah nanti kat reception nanti! LOL!

RohaniHashim said...

hello mawar,

i like ur name so much :D

anyway, just to let u know that ministry of moment pun tgh buat contest. winner gets a photography package worth RM2,000. Jemput join ya? Contest details di blog roe :)

and all the best with the CST contest! ;)

azie_hennachanteq said...

ai mawar..igt akak g x..same skool dlu2..ngee..nway..interested nk bce blog mawar nih..n if nak pakai inai ukir time wedding t..akak leh serve u da best 1..=)

Anonymous said...

nnt terbitkan novel plak k...

Mawar misswateva said...

lovelyadibah~tq adibah!=)

dia.honey~tq2!insyallah will be next year sumwhere on nov.=)

deedee~oiitt makcik.klu masuk kisah bulan mahu 3-4 page plak cite aku nt.haha!=)

roe~thanx for the info!=)

Mawar misswateva said...

azie~tq kak..insyallah nt sy cari akak tau!hehe..=)

Hunny Kitty said...

u!! congrats..pegi final stage!! gud luck tawwwww

kisah aku said...

mawai gupanye...like..like..like...<3

www.dunialandax.com said...

sweet2....voting u!

aqim said...

like!!! =)

Anonymous said...

best sgt2 :)

Momma Qiestina said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaah so swweet luv story :)

suke sukeee :D
kak yat wish both of u happy ever after & sucess eh.

beshnyaaa CST ni kan, akak suke tgk viddeo elyana tawen tu!

Faarihin said...

singgah sini..

smoga berbahagia hingga akhir hayat... (^__^)

n good luck..

Hajar Bte Zainal said...

Hai mawar!

Aku vote citer ko nie!..and im very suprised coz i know u..Gud Luck!

zahidah dihaz said...

sweet =)

Pert Doherty said...

Korang bercinta zaman frenster.. aku lak zmn myspace.. huhu.. zmn dlu susah.. xmcm fb, ada chat..

kne inbox je.. haha..

Shahada Fauzi said...

sweet..semoga jodoh berkekalan..^_^

t.a.c.a said...

wahhh!! dah menang!! tahniahh!!1

kitakesitu said...

tahniah =)

Bushra Tajuddin said...

congrats da menang~!!! ;)

*haha! kite yg teruja lak.. :)

Mawar misswateva said...

thanx korangggg..=))

zurianita said...

best giler citer ko... mmg ptt pon ko menang beb..!!! i like!~~ hopefully kisah cinta kowang menjadi kisah yg terhebat di abad ini..

zurianita said...

best giler citer ko... mmg ptt pon ko menang beb..!!! i like!~~ hopefully kisah cinta kowang menjadi kisah yg terhebat di abad ini..

amirulhasriq said...

so sweet :)