Monday, June 21, 2010

Ayah..

Ayah..
Nama ayah saya Abdullah bin Markom.
Ayah saya berumur 56 tahun.
Ayah saya seorang yg kelakar.
Owhhh..ayah saya juga seorang yang kelam kabut.
Ayah saya seorang yang pemurah dan sgt peramah.
Ayah tak lokek untuk membelanjakan wang untuk kami adik beradik.
Ayah disenangi ramai orang.
Ayah saya sgt sporting dimana dia tidak kesah untuk menari di hadapan ramai orang dan sikap ini telah menurun ke adik saya, Bangah. Mmg langsung x rasa malu untuk menari dan menyanyi di khalayak ramai.
Ok, lagu wajib ayah saya untuk berkaraoke adalah lagu Semut Merah.
Ayah saya akan berjoget x hengat kalau da nyanyi lagu ni. Kalau pergi berkaraoke dengan ayah saya, kami mmg kurang peluang untuk memegang microfon. (Owhh.ape saya merepek?abaikannnn..)
Ayah saya seorang yang kuat berjalan dan kaki ronggeng.
Die akan keluar menyelinap bersama ibu saya dengan merempit moto sayap emas @goldwing nya pada jam 1 atau 2 pagi setiap malam minggu.
Ok, ayah saya kurang penyabar dan menjadikannye seorang yg tak boleh tunggu dan berada di sesuatu tempat terlalu lama. Ayah saya akan menjadi seperti cacing kepanasan kalau terpaksa menemani kami ke shopping complex.
Ayah menjadi sugar daddy saya setiap masa saya memerlukan wang lebih..=D
Setiap manusia ade kelebihan dan kelemahan.
Begitu juga ayah saya.
Tapi, walau ape jua sekalipun saya sayang ayah saya.
He's my hero.

HAPPY FATHER'S DAY AYAH...




Ayah dan Ibu saya yang tercinta @ Cik Olla and Cikgu Biah. Jasa kalian tidak mungkin akan dapat saya balas.



saya dan Cikgu Biah during lunch semalam sempena Father's Day. Cikgu Biah yang belanja sbb saya ditugaskan untuk membeli hadiah kepada ayah..=)


Walaupun ayah saya tutup mata, saya upload jgk pic ni sbb da xde pic kami bertiga yg lain semalam.hee.


Ibu, ayah, Baby and Banga @ secret recipe on father's Day.


Nano bersama ibu dan ayah semasa dinner Exxonmobil @ Sunway Hotel.

Nano bergedik bersama ayah.



Sekian...

(Ok, ayat gile skema.Pecah la jugak kepala hotak i nk memikirkan ayat skema untuk entry ni.)

No comments: