Thursday, January 22, 2009

Kisah Si Budak Perempuan dan Si budak Lelaki....Episode 1

Pada bln April 2007, bermula episod Si budak perempuan yang terpaksa menjalani latihan praktikal di salah sebuah jabatan kerajaan di negeri Melaka. Oleh kerana dia telah puas berada di perantauan, iaitu Sabah semasa zaman universiti nya, maka Si budak perempuan pun mengambil keputusan untuk menjalankan praktikalnya hanya di Melaka, iaitu negeri kelahirannya. Si budak perempuan telah bercita-cita untuk menambah 'kenalan' apabila berpraktikal kelak.

Pada hari pertama Si budak perempuan menjejakkan kaki ke Jabatan Pengairan Dan Saliran Melaka, Si budak Perempuan telah berkenalan seorang gadis comel bernama Eacha dan juga seorang gadis yang sangat pendiam dan perahsia bernama Atul. Maka mereka bertiga pun berkawan baik sepanjang menjalani praktikal. Pendek kata, kemana sahaja mereka pergi pasti bersama. Makan, solat, main ping pong, makan lagi dan segala aktiviti mencuri tulang juga dilakukan bersama. Eacha telah mula menjalani latihan praktikalnya di jabatan tersebut mulai dari bulan Januari lagi, ini bermakna sudah lebih kurang 4 bulan dia menjadikan JPS sebagai rumah keduanya. Ini juga bermakna, sudah ramai jejaka-jejaka yang perasan-hensem,ok-ok dan langsung-x-hensem mengenali dan menaruh perasaan kepada Eacha. Atul pula mula menjalani latihan praktikalnya pada hari yang sama dengan Si budak perempuan. Oleh yang demikian, dia juga masih kelihatan agak blur2 seperti Si budak perempuan.

Hari pertama Si budak perempuan di JPS, dia telah diajak untuk 'minum2' oleh seorang TA di JPS yang boleh dianggap berpangkat pak cik kepada Si budak Perempuan. Oleh kerana pak cik tersebut telah menelefon En Rahim, selaku supervisor dan meminta supaya Si budak perempuan berjumpa dengannya, maka Si budak perempuan tiada pilihan lain. Si budak perempuan berfikir, mungkin pak cik tersebut ingin membincangkan soal kerja sepanjang praktikalnya di situ. Maka Si budak perempuan pun berjumpalah dengan pak cik tersebut di cafe wisma negeri. Itulah pertama kali Si budak perempuan menjejakkan kakinya di cafe tersebut.

Tetapi setelah tiba di cafe, sangkaan Si budak perempuan jauh tersasar. Ayat pertama yang keluar dari mulut pak cik tadi ialah "I bukan ape..saje je nk kenal u lagi rapat. Anak I yang first tu I rase baye2 u jgk la.Lelaki.sekarang study kt Universiti Petronas tu. Die vokalis kumpulan b*tt*****et (pada masa itu,kumpulan ini belum pun famous sgt). Mgu lepas baru perform dekat muzik2". Dalam hati Si budak perempuan " Ehhh..Pakcik ni. Kalau ko bagi aku knal2 rapat ngn anak ko takpe jgk. Ni nk knal2 rapat ngn ko, x hingin la aku..". Tapi Si budak perempuan tetap memaniskan mukanya di depan pak cik tersebut sebagai tanda hormat. Pada mula Si budak perempuan agak pelik dengan keadaan ini, tetapi setelah diterangkan oleh beberapa orang yang arif tentang sikap sesetengah kakitangan kerajaan, maka Si budak perempuan sudah boleh menerima keadaan itu walaupun ianya agak memualkan bagi Si budak perempuan.

Memandangkan JPS Melaka terletak di tingkat 3 bangunan wisma negeri, maka terdapat banyak jabatan-jabatan lain di bangunan tersebut. Antaranya ialah PTG, JPBD dan lain-lain. Dan mereka ini semua berkongsi satu cafe yang sama. Jadi, agak bagus jugalah keadaan itu kepada Si budak perempuan yang sememangnya suka mencuci mata sejak dari azali lagi. Maka setiap hari la Si budak perempuan bersama rakan-rakan rapatnya (Eacha dan Atul) turun makan di cafe tersebut. Disebabkan Eacha mempunyai seorang kakak jelita bernama Kak Ain, bertugas di JPBD (tingkat 5 wisma negeri), maka ramailah staf2 JPBD lelaki dan wanita yang telah mengenali Eacha. Secara tidak langsung, Si budak perempuan dan Atul pun sama-sama mengenali staf JPBD yang selalu menegur Eacha.

Pada suatu hari setelah 3 minggu menjalani latihan praktikal, Si budak perempuan bersama rakan-rakannya seperti biasa turun ke cafe pada jam lebih kurang 10 pagi. Setelah sampai di cafe Si budak perempuan bersama 2 orang lagi rakan rapatnya ketika itu terus menuju ke meja kosong. Seperti hari-hari sebelumnya, mereka terpaksa bergilir-gilir untuk pergi memesan makanan kerana tiada orang yang akan menjaga meja mereka. Tiba-tiba salah seorang budak lelaki yang duduk bersebelahan meja makan mereka bersuara, "Cha, amek air aku ni letak kat meja korang. Nt takde lah org duduk meja korang tu ". Tanpa berkata apa-apa, Eacha terus mengambil air tersebut lalu diletakkannya di atas meja mereka. Si budak perempuan hanya berkata-kata di dalam hati "Baik jugak mamat ni. Tapi biaselah tu nk beli jiwaaa".

Setelah memesan makanan, Si budak perempuan pun kembali ke meja mereka, lalu mengembalikan semula minuman si budak lelaki tadi. Lalu Si budak lelaki berkata "Wak..tercekik saya tunggu air saya tu wak.Lamenye awak order makanan". Si budak perempuan hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.

Apabila Eacha dan Atul kembali ke meja, Si budak lelaki bertanya kepada Eacha," Cha, ni sume membe praktikal jgk ke? X pnah nampak pn." "Dorang baru masuk", jawab Eacha. "Owh, yang ni budak poli jgk eh?" Tanya Si budak lelaki sambil menunding kepada Atul. Eacha hanya menggeleng "Bkan, bdk UTM!". "Yang tu?" Si budak lelaki bertanya lagi sambil menunding pula kepada Si budak perempuan. "UMS!" jawab Eacha. Si budak perempuan hanya tersenyum dan terus menghadap makanan di depan mata.

Maka, disinilah bermula kisah Si budak perempuan dan Si budak lelaki.......






To be continued....




P/s: Tunggu i sambung episod 2 bile i x mls nt ehhh.Hehehe...

-ME-

misswateva

4 comments:

pari pari syurga said...

wehehee...so sweet punye story.can't wait for the 2nd part.

Mawar misswateva said...

heee..tgu kayh 2nd part tu. pnat nk memerah otak wat ayat skema ni.hehe..

Anonymous said...

so cute mule2 chenta..ahahahahaha!

Anonymous said...

aduuhh mawar..pnjang nyer..ado lagi ker kisah nya??...ngeh2

cpat2 tulis...xmau maleh2 lol..