Showing posts with label My Diary. Show all posts
Showing posts with label My Diary. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Dari kerana nafsu, badan membesar.rasakannn.

Pejam celik pejam celik da masuk minggu ketiga bulan Ramadhan.
As usual, yours truly mengambil kesempatan di bulan puasa untuk turunkan berat badan.
To tell the truth i gained 14 kg, since kahwin dulu.
gilaa kann??
Memang ramai sgt yang tegur badan da macam tong, tapi mase tu 'berisi' lagi.
So i just senyum jela.Memang takde hati nak diet ke apa.
Mase tu selera memang macam jin.Semua tak tolak.
Haaa ko, at last naik smpai pat belas kilo!
ko hado??
Pergi wedding pun asek la pakai kaftan.
sebabnya, kain baju kurung semua da tak boleh nak zip.
Ade tu part peha pun da tak lepas.
Haiiihhh..mmg gila la.

Sekarang ni da masuk minggu ketiga puasa, badan still tak turun2.
tak makan nasi pun die remain berat yang sama.
Nasib mase 'pantang' dulu ada trun dlm 3 kg.
So smpi sekarang la same lagi berat.
6 series u olssssss!
gila!gila!

Ni aim nk pegi balik 5 series!
Hari2 duk berzumba depan tv.
Hari2 duk melantak buah.
Buka pun dgn buah je.
Menggigil kepala lutut okk tengok lauk pauk time buka tu.
Tapi apakan daya. 
Demi badan, saya turutkan.;p
Tak dapat awal 5 series, dapat tengah 5 series pun jadik la.

Monday, March 5, 2012

Live From Mersing

Live from Mersing.


10 hari kat rumah mak angkat di Kampung Mersing Kanan.

10 hari duduk rumah orang, rase teramatlah kekok.

nak tgk tv segan, nak duduk bilik pn segan.Ni kan pulak nk bukak fridge minum air.

Haaiiihhhh.

Cepatlah 10 hari. hari ni da masuk hari keenam tp masih ade rase kekok lagi.

Alhamdulillah dpt mak angkat yg baik dan peramah.

Banyak je cerita die.


Habis je modul ni, bermakna habis da modul dalam DPA tu.tgl lg 3 minggu je nak abes!

Tak sabar nk balik rumah.

Nak duduk serumah ngn husband!

kesian Cikgu Biah tgl berdua ngn En Kunyit bile Cik Olla takde!

Mesti Cikgu Biah rasa kekok ngn En Kunyit pun rasa kekok!


Friday, February 10, 2012

Curik masa!

Mencuri sedikit masa untuk update blog.
Tinggal lagi sebulan lebih je lagi untuk menghadap Kursus ni.
Pejam celik pejam celik sekejap je nak abes da 6 bulan.
Lepas ni blog akan di update seperti biasa.

Eh, rasa lain bile da lame tak menulis.

Saturday, December 17, 2011

Update selepas berkahwin!

Happy saturday guys!;)
Subhanallah,rasa rindu nak berblogging.
Lama tak jengah blog ni.
Rase mcm tak tahu nak start dr mane.:D

Ok,ok..byk gile hutang update entry.
Review majlis kahwen tempoh hari pun x buat lagi.
Jadual kursus yang sgt pack buat takde mase nak jengah blog ni.:(

Dah 1 bulan stengah menjadi Puan kunyit.
;)
Yang tak bestnya, I di KL n En kunyit di Melaka.
:(
Terpaksa menjadi weekend husband sehingga bulan April tahun depan.
Sumpah tak sukaaaa..
Kenapa lah kena ade kursus yang macam ni smpai 6 bulannnn..
Hurrrmmmm..
Bertabah lah wahai hati..

Sunday, November 6, 2011

hello there!

hello world i'm back!
5 more days to my wedding day.
ok i cuak.

Sunday, October 16, 2011

My 1 month activities before Wedding!

Serabut sangat dengan kursus.
Dengan assingment yang melambak-lambak.
Dengan rutin harian yang sangat sangat penat.
Langsung tak sempat nak fikir pasal majlis.

Tak sempat langsung nak tengok blog.
Seriously, mmg sedikit tertekan.

Did i tell u guys that during my 1st 3 days kt kursus ni memang langsung tak tido malam?
Lepas je registration kami terus di bawak untuk outdoor activities which is camping.From KL, saya di bawa ke Melaka untuk bercamping.

During the 3 days camping, memang takde masa untuk mandi apatah lagi berehat.
Bayangkanlah lepas berpenat-penat dan berpeluh-peluh disebabkan aktiviti yg super lasak which is berkayak,berakit,berendam dalam lumpur, explorace and etc, kami tiada masa untuk mandi.
Hanya sempat mandi bila habis aktiviti iaitu jam 4.30 pagi.
Pukul 5.30 pagi da kena bangun untuk solat subuh dan senaman pagi.
Setiap hari aktiviti bermula jam 5.30 pagi dan hanya akan berakhir jam 4.30 pagi keesokan harinya.

Kami sendiri pelik mana datangnya tenaga untuk kami melakukan segala aktiviti yang maha lasak tanpa berehat dan tido.
Denda?jangan cakap.
Pumping, push up, star jump, squad jump semua lengkap

Jerawat kat muka jangan cakap.
Tak mampu untuk dibilang lagi.
Lengkap dgn pakej sunburn dan mata panda juga.

Selesai 3 hari yang UBER stress, mula pula modul di dalam kelas.
skrg ni, i kt Terengganu sampai nextweek.

Owhh, satu lagi yang tak bestnye.
A week before my big day, i ada 1 week outdoor aktiviti.
Among the activities nanti adalah berkayak keliling pulau di laut selama 2 atau 3 hari.
Dan kemudiannya pula ada lagi camping.
Macam mana la i tak cakap i stress??
Orang lain sebelum kahwin sibuk ber spa, manicure,pedicure segala.
Tapi i?

Cakap banyak pun tak guna. That's the fact i have to face.
I'm the one who made the decision so i kena belajar untuk redha.
Bukan senang nak jadi senang kan?




Tuesday, September 27, 2011

Bile tinggal 3 hari je lagi..

Bile tinggal hanya 3 hari je lg untuk ke kursus.
Bermakna tinggal 3 hari jugak untuk settle kan segala hal yang masih pending sbb hanya tinggal 1 bulan 2 minggu je sebelum Hari Besar itu.

Yeeee..Tak seperti org lain, Hari Besar i jatuh ketika i sedang berkursus.
Bukan sebarang kursus, tapi kursus yang bikin i tak boleh balik rumah walau seminggu sekali.
Mungkin hanya dapat balik 2 minggu sekali.
Atau mungkin juga sebulan sekali.
Yang paling penting kursus ni hanya akan tamat pada 31 Mac 2012.
Dan pada Hari Besar itu, i hanya dibenarkan pulang pada Hari Jumaat hingga Ahad.
Means tiada waktu untuk last minute preparation, tiada waktu untuk berehat-rehat selepas penat menjadi Ratu Sehari.
Apatah lagi untuk berhornymoon.Jangan la berharap.
Memang langsung tidak berkesempatan.
Sedangkan Cuti Hari Krismas pun belum tentu dapat balik, ini kan pula untuk bercanda ria.Mintak mahap.



Kepada bakal husband,
I minta maaf sangat sebab tak dapat buat last minute preparation bersama.
I minta maaf sangat sebab tak dapat tolong dari awal untuk buat DIY pelamin seperti yang dijanjikan.
I minta maaf sangat sebab tak dapat sediakan segala keperluan u untuk 6 bulan terawal nanti.
Maaf sangat-sangat.

Owh, satu lagi sebelum i lupe..
I minta maaf sebab terpaksa juga claim honeymoon.Walau kena pergi tahun depan.=)



Tuesday, August 16, 2011

Hari Raya Punya Cerita!



Hari raya pertama tak dapat cuti.
Harus bekerja hingga ke tengah hari.
Tapi mungkin i akan lari2 jugak untuk beraya dgn family.
(Eh, da mcm pantun 3 kerat pun ade.)
Gila ape hari raya pun kena kerja.
Tapi da kata SAYA YANG MENURUT PERINTAH, tak boleh nak kata apa la.
Redha.
Baju raya boleh simpan dlm lemari.
Ok, tipu.
I tetap jugak berbaju raya walau bekerja.
=)

Haiiihh..sapa kata org kerajaan tak de kerja?
kerja rilex?
Makan gaji buta?
Meh lesing cket.
Da kerja baru tawu.
Ok,tu je. bye!


Thursday, July 28, 2011

Gatalnya saya!=D



Tgh draft kad kawen.
Rasa macam..
"Ehh..gatalnya da nk kawen."
=D



Tomorrow will off to Bandung.

Tuesday, May 31, 2011

Cerita pantas hari minggu saya!

Quick update!
Hari sabtu sempat ke wedding Cik atia di Putrajaya..Tibe2 rindu ofis lame yg bersebelahan dgn lokasi majlis.=/
Walau i smpi lmbat around 3pm, tp tetap duduk lame hingga jam 5pm.
Duduk berbual bersama-sama vendor2 yg ade, buat i hilang ingatan skjap yg En Kunyit tgh menunggu utk ke majlis sepupu di Semenyih..=)
Tp yg best nye sempat mengatur janji dgn salah satu vendor yg ada dan x sabar rasenye utk melakukan 'itu'.
Masih awal lg , rasenye tak perlu utk di gembar gemburkan.
Tiba mase akan i cerita..=)


Di Majlis malam berinani couz kepada En Kunyit, En Kunyit mintak i berduet ngn die lagu Senja Nan Merah dan Mawarku, tp sunguh choooooyyyyy apabila suara langsung tidak keluar manakala kepala lutut ketaq2 macam nk tercabut. Kesian En Kunyit terpaksa menyanyi part perempuan jugak.
Besoknya semasa hari langsung, i balas dendam nyanyi 4 lagu dgn steady nye.wakaka..=D

Tuesday, April 19, 2011

Workaholic katanya

Detik ini, i masih di ofis.
sejak pindah, seminggu hampir 3/4 hari terpaksa bekerja hingga larut malam.
bukannn..i bukan workaholic.tp terpaksa demi tugas kepada negari tanah tumpah darahku..
ok, podacittttttt.merepek..

penat la weih tiap mlm kne kje..walau bukan kt ofis and dpt jmp ramai org, tp tetap x best dikala org len dok sedap mengangkang kt depan tv, kite terpaksa bekerja dan memanis kan diri utk sentiasa senyum pada tetamu yg dtg.lepas tu klu salah, kne bambu.wadehel weihhhhh.
ok, jgn komplen.i yg nk pindah kan?jd terima jela ape pun keje yg di arah.

p/s : owhh yee, i bukan tukar 'kerja' baru, cume posting di tempat baru je..harap maklum.=)

Monday, April 18, 2011

At last!!

Salam peepsss!!


Pheeeewww!!!
2 mgu kt ofis baru then arini baru dpt workstation.tu yg menggelupur update.=P
So far everything ok, it just that blom kawan lg kt ofis baru...so kerja masa senggang adalah balik rumah dan tido even lunch hour hanyalah satu jam.

rindu nk kepoh bace blog org lain..
Nk update pn da tak tahu nk susun ayat cmne.Time xde pc komain mengemol nk bace blog, nk tgk fb..bile da bley, hilang segala idea nk update kelaut.
Kt ofis baru ni fb and blog cume bley bukak before 8am, 1-2pm and after 5pm..
Makanya, during ofis hour, sila fokus pada kerja.
Sangap doooowhhh!!


Friday, March 25, 2011

Dapat pindah Melaka!!yeayyy!!

Salam Luvliessssss...=)

Alhamdulillah..x perlu tgu sehingga berbulan2 mahupun bertahun2, 4 april ni i da kne lapor diri kt Melaka. Baru sebulan lebih i apply utk pindah Melaka. Tup..tup..mase kt sabah dpt call from Zetty said that surat pertukaran i da smpi kt HR..
Sedih ade, suke pun ade.
Tp suke tu lagi byk la dr sedih..hee.
Sedih sbb nk tgl kn membe2 and housemate.=(
Suke sbb da x payah ulang alik Putrajaya-Melaka-Putrajaya setiap minggu.=)
Penat okkkk..Jumaat Lepas kerja akan gegas blk Melaka dan Isnin pagi2 buta da gerak balik Putrajaya terus ke ofis.
Semoga tuhan sentiasa mendengar setiap doa i selepas ini dan sentiasa memudahkan segalanya utk i...Insyaallah.
Tak payah risau Cikgu Biah tinggal rumah sorang lagi bile nano da further study lepas ni since result SPM da pun keluar.Ouhh, congrates Nano!Tp physics and chemist terukkkk..aiiishh.
Tiba mase i pulak duduk rumah jage Cikgu Biah bile Cik Olla jauh kt tgh laut.
Cikgu Biah pun pencen end of this year. Cik olla pencen lagi 2 tahun..so i selalu fikir mcmane nk tinggalkan Cikgu Biah sorang kt Melaka nt bile nano da further study and Cik Olla pulak kt Terengganu..

Doakan yg terbaik utk i ok..=)

Thursday, December 30, 2010

Sungguh cun awek-awek indon!


Amboiiii..Kemain Suka korang ekkk Jumaat ni dpt holiday...
sesape yg mmg ade hati nk celebrate new year tu, haruslah melompat2 kn dgr jumaat ni holiday.
I x celebrate pn..dok uma tgk tv lg best..=)
Yg penting azam tahun baru tetap ade walau tak pernah tertunai pn!

Lepas tgk bola td, dan2 je terus nk jd fan si Khairul Fahmi tu kt fb kannnnn..=D
gedik okkk..
Owhhh i mane pnah tak gedik kannn.haha.
Terubat jgk la xdpt tgk si kembar mainnnn..
Jd la dr tade..h0h0.

Pastu terus jgk semangat upload gamba g Bukit Jalil haritu kt fb..kihkih..=P

En Kunyit soh upload dr senin lepas tp x upload2 jgk, pas tgk mesia pegang cup td baru semangat tu dtg..heee.
bley cmtu??

So before masuk tido ni, jom layan gamba kt Bukit Jalil haritu supaya bley tido lena..
(wah.. lenakah pandang muke mak ni nok?haha.)



kitorang smpi kol 5 cmtu pn da full tempat duduk..Naseb la dpt jugak selit2 duduk diantara celah2 umat manusia tu kn...dan yg penting, sempat jgk berposing.=P
En kunyit, Lobahang hidung mu tetap menjadi pojaan hatiku.hee.



Al-Maunah wannabe..Siap berlakon tgh sorak pdhal time ni org tgh half time break..propa lebih tau En kunyit niiii..



Semangat tiup trumpet!
Dlm trumpet tu jgn berani di tengok yeee kawan2.=D




Owh, i x bli jersey sbb da jmp baju yg lebih seksi sesuai ngn tema kuning hitam!=p




orang da mcm ulat okkkk...ramai org gile yg tak reti duduk smpi menghalang pandangan haku menyebabkan haku terpaksa berdiri selama 90 minit gile org!



Minah-minah & mamat-mamat jawa penyokong setia Harimau Malaya!



Walau peluh jantan mula kelihatan, mak tetap maintain cunbertahan okkk..=D


Kan da ckp aritu, bile da ramai2 org cmni, sy juga sudah kelihatan seperti awek indon!
Tp tape lepas tgk bola td , klu org ckp muke sy mcm indon, sy tersangatlah bersyukur kerana awek-awek indon tersangattttt la cun!owhhh..baru skrg ko nk ngaku kn!
ngeee.=P


Seperti sebuah keluarga bahagia bersama anak!=)


Ok, selamat malam.
Mimpi indah!=)

Friday, December 24, 2010

Year-End Holiday!Yeahhhh!!!

Peeppsss!!!

ehem..ehemm..
nk bg korang jeles boleh tak??teeheee.
bukan pe...sok i da start cuti smpi tahun depan....woottt wootttt!!!
maklum la da hujung2 tahun ni nk abeskan belen2 cuti yg ada..
i da amek cuti 9 ari, masih ade belen 11 hari lg nk bring forward.sila jeles.
wawawawa..=D
Adalah sgt heaven bile dpt bgn pagi jam 11 dan terus mengangkangmelekat depan tv dan terus sambung membongkang kembali..yeahhhh!!

Tp sbenanye time cuti ni la byk benda i nk settle down before 2011..

First, will go to salon to rebontot rebond balik my hair.Yeahhh!!
Perasaan menyesal mula menyelinap dlm diri selepas tgk rambut dlm Video Our True Love Story..wawawa.
Hamek laaa..nk sgt perm kannnn..

Second, since i mmg kt Melaka cuti2 ni, so da set appointmnt ngn one of Wedding Planner which based in Melaka.Yeahhh!!
Will share with u guys kalau package and service dorg ok!;)

Third, appoinment with Rumah Kebaya Malaysia (RKM) since RKM is having Year End Sale (Y.E.S) which is discount up to 50%.Double Yeahhhh ye disini puan-puan!!;)

Fourth, appoinment with a few Photographers to further disscuss on their package and promo before they revise the price for 2011 package.Yeahhh lagiiii!!

Owhhh yee..
Perasaan adalah sgt happy bile ticket utk Final AFF Suzuki Cup telah berada di tangan..teeehee!!=)
harus i cari jersey Malaysia before g nt..
Klu tak sempat nk cari, pki baju kaler biru da ckup..Jgn salah sarung baju kaler merah sudeyyy..Kang susah plak En Kunyit nk cam bile i da bergaul mesraterselit di tengah2 kesibukan minah-minah indon itew..kuang..kuang..kuang.
Almaklumlah..
muke pn da lebih kurang same je i ngn dorg tu..=D

Ade sape2 yg g Bukit Jalil jgk Ahad ni??



Tuesday, November 30, 2010

Makkkkk terima je u olssss!!=D

Currently at CST office..
Nt mak cerita kt uolsss yeee.
tumpang hupdate skjap je ni..=p

Nmpk cm best je work with CST!
Korang mmg besttttt!!!

To all voters, tq sooooo muchy!!!!!
Mak hargai u olsssss nokkkkkk...=D
to all non voters juge, tq!!
I xnk komen byk2,nt byk isu gitewwwww..*sigh*
Yg penting, kite pegang pada rejeki okeh?
Peace!!=)

Sunday, November 21, 2010

Happy Sunday!

I've to work on Sunday!
Urgghhhh..Naseb kerja dr rumah shj!
Kalau kne g ofis, mmg i bom ofis ok!
Dala next 2 weekends i kne kerja sabtu and ahad,10am-10pm!
Adehhhh..=/
I mintak maaf awal2 pada yg da bg kad, tp i xdpt attend wed u guys!
esp to gojes Kay (27 Nov 2010) and cutey Yanie (4 Dec 2010)!
I'll try to curik2-larik-kejap to attend ur wed k!=)

Baiklahhhhh..
Sambil wat keje yg menjulingkan mata, sambil therapy dengan berblogwalking..=)
Tu je yg bley bikin gue senyum hingga telinga..

Happy Sunday readers!!!!

Wednesday, November 17, 2010

Cuti tak lulus!sekian.

Cuti yg i apply sok and jumaat tak diluluskan.
so besok sila bekerja seperti biasa.
hampehhhh!!!

Disebabkan bengang tak dpt cuti,maka dengan selambenye tuan tanah kedaung melantak 5 pinggan ketupat ngn rendang dan satu mangkuk soto harini dr pagi bwk ke ptg!
eh. pe kaitan bengang ngn mkn byk ek??sekian.

Tuesday, October 26, 2010

It's My Birthday!

*wink*


Happy 25th birthday to me!
Tua hanya pada angka.yg penting hati musti mahu muda!

Da..da..kang bdk2 ni bukan bley tgk ai nk berhangan mude kjap...
cesssss!!
* td sempat En Kunyit, bro and sistas plan suprise birthday party for me. Later will upload the gamba.Sumpah da dpt agak ok.haha..bley?


*update



Event : Suprise Birthday Party!=)
Date : 25 October 2010
Time : 12.00 am
Venue : My home sweet home, Melaka.
Organiser : Kunyit & co.
Members: En Kunyit, Banga, Baby and Nano



Mule2, i tgk dorang ni da mcm tak tentu hala..Keluar masuk bilik..Ehhh..tp x perasan sgt laaa..hee.=)

Pastu ttbe rumah black out!
Jneg..jeng..jenggggg...
Kunyit pn kua dr blk dlm gelap bawak cake utk i..
Owhhhh..cm malu laaaaa..haha.

Mase ni rumah sbenanye gelap...Flash camera baby wat rumah nmpk cm terang!=)

Birthday girl with her polka-dot trousers!
Sumpah i da pakai baju tdo mase ni..haha!
Naseb baik make up tak remove lg..Baru blk dr jln2 ngn En Kunyit.
Yg i pelik, beria2 die nk blk cepat..
dlm hati i,
"ehhh.. birthday aku kotttt jap lg??Tak kn x tgu...nk blk da.hurrmmm..=("


The 'catwoman' mask!heee.=)







* Sian Nano..jdik photographer.Gamba die sgt sikit.huhu.
Neway, thanx sayang-sayangkuuuu...
Luv all of u...always!!!

**Pd sesape yg wish kt fb and hp and email..Tq sooo much!=)
Luv u guys!

Tuesday, October 19, 2010

Msg from Madinah!

So far Cikgu Biah and Cik Olla ok kt Madinah.
Alhamdulillah...

Knowing that their doters sumenye adalah sgt cengeng, makanya everyday either Cik Olla or Cikgu Biah akan call dari sana..Tp tiap kali call, tiap kali tu la sume nangis mengongoi2..Especially Baby and Nano..=(
Nano lagi la sbb die yg paling rapat dgn Cikgu Biah..

Ade a few msg from Cikgu Biah yg kdg2 wt i gelak and rase die dekat je ngn i..
Maybe bile blk dr masjid tu sempat la die shopping2 cket..maka antara msg nye berbunyik cmni..


'Mawar..Kt sini jubah cantik2. ade 1 tu cantik, tp besar...size 56.Tny busu nk tak?'

'Beli jela...Kalau besar bley alter. Tp klu Mawai nk yg size plg kecik tau'


'Mawar, hp kt sini murah..Blackberry RM400..murah tak?'

'Murah la..Tp tgk btol2...Blackberry ke blueberry?'

Mane aku tak gelaknye..bley plak msg2 cm tgh shopping kt M'sia je kan..

Errr..tp bukan blackberry da diharamkan ke kt sane?