Showing posts with label Love Is Cinta. Show all posts
Showing posts with label Love Is Cinta. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

My Pecal and My Anjela eerrrrrr and My Kunyit.;)


Blog lama menyepi.
Ape ke hal nya rase macam kekok gila nak update blog.


Jadi marilah upload gamba secara berjemaah.
Seriously, these 2 little kids always make me melt.
Cair sampai rasa tak sabar nak ada anak sendiri.eh.
Xpe, kita pegang pada rejeki okeh?

Diorang ni sebenarnye my anak buah merangkap anak kepada couz2.

Yang handsome boy ni nama dia Kunyit.errr.
Ok ok, ini betul punya.
Handsome boy ni nama Ahmad Malik Faisal.
Umur setahun lebih tapi bijak sangat2.
Sekali ajar terus ingat and boleh ikut ape kita cakap.
Mudah mudahan nanti jadi besar jadi budak pandai dekat sekolah eh pecal!
Insyaallah.







Sexy Lady yang suke buat muka comel ni pulak nama die Anjela. Ayu Nur Najlah.
Tapi i panggil anjela sebab die sexy kalah Angelina Jolie.;p
Umur dua tahun lebih.
















Ginila gaya orang belum ade anak sendiri kan.
Maka marilah kita pinjam anak2 orang sekejap.
Kekeke.

Monday, November 19, 2012

11.11.12 - 1st Anniversarry!

11.11.12

Our 1st anniversary!

To beloved Husband,
Thanks for being a wonderful husband of mine.
I love u till the end of the world.
And i swear!


Tuesday, May 24, 2011

Marilah ber 'Nur Kasih'

Last Sunday, Cikgu Biah ajak tgk Nur Kasih The Movie.

Seriously, i x pnah layan drama Nur Kasih before this sbb rase mmg x pnah sempat tgk.
Blk kje salu i terus masuk blk golek2 atas katil, pastu mandi, solat sume..Mmg i x suke tgk tv sgt especially drama..Tp kalau program2 hiburan ke gosip ke mcm melodi mmg xbley tgl la..

Berbeza plak ngn En Kunyit..
Setiap hari mesti layan movie kt tv..
Smpi siap download2 bagai..
Cbe try tny dlm external hard disk tu, movie ape je yg xde..
Baik cite omputih, melayu, Tamil..sume pn ade.
Tak cukup ngn download, siap beli cd..Ehh, mmg i x bekenan lgsung..


Tp lepas tgk Nur Kasih The Movie, i terus ckp ngn En Kunyit i nk tgk drama Nur Kasih yg die da download dlu (jgn x percaya segala drama dr Nur Kasih bwk ke Adam Maya sume En Kunyit download)..
I nk tgk drama Nur Kasih dr awal smpi abes..
Seriously lepas tgk movie die, i mmg btol2 jatuh hati kt cerita tu.
I tak tawu knape tp mmg dpt rase la yg Adam tu btol2 sayang Nur Kasih.
Dok dlm wayang tu dr awal smpi abes air mata dok menjejes2.

Ok, over sgtttt..

Satu je i xsuke mase Adam tgl kan Nur sorang2 kt hotel and die plak g cari cincin kahwin dorang kt tempat keretapi dorang eksiden tu.

Antara scene2 dlm Nur Kasih The Movie..




En Kunyit suke Tiz Zaqyah with hijab..Tiz Zaqyah yg free hair die x suke..hee.


ehemmm..ehemmm..Most favourite scene dlm movie ni.=)


How i wish En Kunyit and i have the same feeling mcm Adam and Nur yg tak boleh hidup tanpa satu sama lain...Insyaallahhhhh.





p/s: Fast and Furious 5 pn adalah best!

p/s 2: I sedang gigih menghabiskan drama siri Nur Kasih.=)

Wednesday, May 11, 2011

Dugaan dan dugaan dan dugaan..full stop.

Ok, serious lame gile I tgl kn blog tanpa entry baru..

Knape da blk kampung ni segala2 nya rase mls nk buat ek?Jogging da mls..G gym da mls.update blog da mls…Tp bile part mentakedarah, x pnah plak mls kannn..lajuuuu je manjang.
Ok..Since dr awal2 I ngn En Kunyit tunang dlu, ramaiii sgt org pesan kt kami yg waktu bertunang adalah waktu yg PALING byk dugaan.
So, I ni lepas je tunang dok tgu2 jgk tau ‘ape jenis’ dugaan yg kitorang akan hadap.eeehh.siap2 tgu2 okk, bleyy??

Sebulan dua after tunang mmg bahagia la org ckp..xde gado2 sume. Tp masuk bulan ketiga da start da begado x hengat.menangis tu smp gaye cm esok2 x bley nk menangis lg da.
And now 6 months before the majlis, dugaan yg kami tempuh MAHA hebat..It’s not about a 3rd person atau scandal2 terlarang..Alhamdulillah hingga harini kami masih saling setia antara satu sama lain. Cume perasaan dalaman n sikap masing2 yg mungkin ego.
Sampai satu tahap yg I rase cm down and putus asa gile2.Rase cm x kuat nk hadap benda2 cmni..

Alhamdulillah..En Kunyit sentiasa ade bersama.Being En Kunyit yg sentiasa calm, die terlalu byk bersabar dgn i.Die sentiasa ingatkan yg godaan dan hasutan syaitan adalah berpuluh2 kali ganda dlm keadaan dan masa kami skrg ni yang mana tgl 6 bulan je lg sebelum diijabkabulkan. Maybe ni fasa kitorang mengenali dan memahami hati budi and sikap masing2.
Yeee,skrg i percaya DUGAAN masa bertunang tu mmg MAHA HEBAT.At least for me..
I sentiasa berpesan pd diri sendiri supaya jgn cepat melatah dan jgn cepat putus asa. Tabah dan sabar adalah 2 senjata utama I kne tanam dlm diri untuk hadap sume dugaan dan rintangan ni.


Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin.



" Rabbanaa afrigh 'alaynaa shabran wa tsabbit aqdaamanaa wahshurnaa 'alal qawmil kaafirina. Rabbanaa la tuzigh quluubanaa ba'da idz hadaytana wa hablanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaabu. Allaahumma tsabbitnii an azilla wahdini an adhilla. Allahumma kamaa hulta baynii wa bayna qalbii, fahul baynii wa baynasy syaythaani wa 'amalihi. Allaahumma 'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika qa taqna'u bi'athaa'ika."

Ya Tuhan Kami, curahkanlah kesabaran keatas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir. ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjukkan dan berilah kami rahmat-Mu kerana Engkau adalah yang Maha pemberi. Ya Allah kukuhkanlah imanku, dan berilah aku petunjukk dari kemungkinan sesat. Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan syaitan serta perbuatannya. Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan reda atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

Friday, February 11, 2011

Layan Jiwang jommmmm!!

Petang2 cmni ttbe mood jiwang dtg plak..

Aritu ade la cket selisih faham ngn En Kunyit..
dua tiga hari jgk x contact..
Ttbe bukak msg kt fb tgk En Kunyit hantar lagu ni kt i..
Terus meleleh air mata okehh..Cembeng ekk?
Dok la ulang smpi pat lima kali kauuu..=D


*Jom layan mood jiwang di kala perut sudah kekenyanganpetang2 hari ni*


Thursday, December 16, 2010

Trailer [ Mawar&Kunyit ] sudah mariiii..=D


Wahhh.. Trailer katanye kannn...hee.=)

1st expression??
Wahhhh...muke sy buruk dan sy x bley nk sorok bam bam sy!=(
Malu ok tgk diri sendiri berlakon..Rase cm nk sorok muke bawah meja.haha.=D

But CST has done very good job!
tak sabar nk tgk final product..Yeahhh!
Mesti korang x paham sgt kan cerita die ni?
Tape2,suprise okkkk..=D
Kite tgu je 18 Dis ni nt utk tgk the full video ye kawan2..
Owh ye.. 18 Dis ni kol 1.00 pm CST akan kua kt TV3, dlm Remaja..
Jom ramai2 kite tgk...=D
Sape yg x tgk kt fb lagi,jom layan kt bwah ni jommmm...


Trailer | Mawar & Kunyit from cstproduction on Vimeo.



**update


Sesape yg tak sempat nk tgk CST on Remaja TV3 aritu, moh le kite klik link ni..

Hahhhh..korang tak payah nk fokus sgt pade spare tyre i tu okeh.=D


Wednesday, December 8, 2010

Owh..Teaser behind the scene!=D

Ehem..ehem..

Kite upload satu gambar dlu tgkkkkkkkkkkkkk....=D




Gamba2 lain nt i upload eh..
Nk kne pilih yg btol2 nmpk i kurus dapat approval dr both party=p
haha.
Till then..


Tuesday, November 16, 2010

Our true love story {CST PRODUCTION}

Pada bln April 2007, bermula episod Si budak perempuan yang terpaksa menjalani latihan praktikal di salah sebuah jabatan kerajaan di negeri Melaka. Oleh kerana dia telah puas berada di perantauan, iaitu Sabah semasa zaman universiti nya, maka Si budak perempuan pun mengambil keputusan untuk menjalankan praktikalnya hanya di Melaka, iaitu negeri kelahirannya. Si budak perempuan telah bercita-cita untuk menambah 'kenalan' apabila berpraktikal kelak.

Pada hari pertama Si budak perempuan menjejakkan kaki ke Jabatan Pengairan Dan Saliran Melaka, Si budak Perempuan telah berkenalan seorang gadis comel bernama Eacha dan juga seorang gadis yang sangat pendiam dan perahsia bernama Atul. Maka mereka bertiga pun berkawan baik sepanjang menjalani praktikal. Pendek kata, kemana sahaja mereka pergi pasti bersama. Makan, solat, main ping pong, makan lagi dan segala aktiviti mencuri tulang juga dilakukan bersama. Eacha telah mula menjalani latihan praktikalnya di jabatan tersebut mulai dari bulan Januari lagi, ini bermakna sudah lebih kurang 4 bulan dia menjadikan JPS sebagai rumah keduanya. Ini juga bermakna, sudah ramai jejaka-jejaka yang perasan-hensem,ok-ok dan langsung-x-hensem mengenali dan menaruh perasaan terhadap Eacha. Atul pula mula menjalani latihan praktikalnya pada hari yang sama dengan Si budak perempuan. Oleh yang demikian, dia juga masih kelihatan agak blur2 seperti Si budak perempuan.

Memandangkan JPS Melaka terletak di tingkat 3 bangunan wisma negeri, maka terdapat banyak jabatan-jabatan lain di bangunan tersebut. Antaranya ialah PTG, JPBD dan lain-lain. Dan mereka ini semua berkongsi satu cafe yang sama. Jadi, agak bagus jugalah keadaan itu kepada Si budak perempuan yang sememangnya suka mencuci mata sejak dari azali lagi. Maka setiap hari la Si budak perempuan bersama rakan-rakan rapatnya (Eacha dan Atul) turun makan di cafe tersebut. Disebabkan Eacha mempunyai seorang kakak jelita bernama Kak Ain, bertugas di JPBD (tingkat 5 wisma negeri), maka ramailah mamat2 JPBD yang telah mengenali Eacha. Secara tidak langsung, Si budak perempuan dan Atul pun sama-sama mengenali mamat2 JPBD yang selalu menegur Eacha.

Pada suatu hari setelah 3 minggu menjalani latihan praktikal, Si budak perempuan bersama rakan-rakannya seperti biasa turun ke cafe pada jam lebih kurang 10 pagi. Setelah sampai di cafe Si budak perempuan bersama 2 orang lagi rakan rapatnya ketika itu terus menuju ke meja kosong. Seperti hari-hari sebelumnya, mereka terpaksa bergilir-gilir untuk pergi memesan makanan kerana tiada orang yang akan menjaga meja mereka. Tiba-tiba salah seorang budak lelaki yang duduk bersebelahan meja makan mereka bersuara,

"Cha, amek air aku ni letak kat meja korang. Nt takde lah org duduk meja korang tu ".

Tanpa berkata apa-apa, Eacha terus mengambil air tersebut lalu diletakkannya di atas meja mereka. Si budak perempuan hanya berkata-kata di dalam hati

"Baik jugak mamat ni. Tapi biaselah tu nk beli jiwaaaaaa".


Setelah memesan makanan, Si budak perempuan pun kembali ke meja mereka, lalu mengembalikan semula minuman si budak lelaki tadi. Lalu Si budak lelaki berkata

"Wak..tercekik saya tunggu air saya tu wak.Lamenye awak order makanan".


Si budak perempuan hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.

Apabila Eacha dan Atul kembali ke meja, Si budak lelaki bertanya kepada Eacha,

" Cha, ni sume membe praktikal jgk ke? X pnah nampak pn."

"Dorang baru masuk"

jawab Eacha.

"Owh, yang ni budak poli jgk eh?"


Tanya Si budak lelaki sambil menunding kepada Atul. Eacha hanya menggeleng dan menjawab,

"Bkan, bdk UTM!".

"Yang tu?"


Si budak lelaki bertanya lagi sambil menunding pula kepada Si budak perempuan.

"UMS!"

jawab Eacha. Si budak perempuan hanya tersenyum dan terus menghadap makanan di depan mata.

Maka, disinilah bermula kisah Si budak perempuan dan Si budak lelaki.......

Selepas daripada hari itu, Si Budak perempuan pun menjalani kehidupannya sebagai seorang budak praktikal seperti biasa. Masuk ofis jam 8, minum pagi (sarapan) jam 10, minum petang ( makan vadeyy yg sgt yummeehhh) jam 4 petang, pergi ke bilik riadah untuk bermain ping pong bersama Eacha, Abg Wan 1, Abg Wan 2 dan Epul jam 4.30 petang, kemudian pulang ke rumah jam 5 petang...

Hampir setiap hari, si budak perempuan akan terserempak dengan Si budak lelaki di cafe ketika waktu pagi dan minum petang. Si budak lelaki seperti biasa akan bergurau,

" Nak duduk kat meja ni bley tak?".

Si budak perempuan dan rakan-rakan hanya tersenyum.
Pada suatu hari, Eacha memanggil Si budak perempuan untuk menunjukkan komen seseorang kepadanya di friendster...

Cha, kem slam kt membe yg free hair tu eh.

Eacha menjawab komen tersebut dengan...

Owh,cari la die dalam friendster ni. Mawai..

Rupa-rupanya, Si budak lelaki ingin berkenalan dengan Si budak perempuan.Selepas daripada itu, si budak perempuan hanya senyum sahaja kepada Si budak lelaki jika terserempak di mana-mana. Mereka tidak pernah pula bertegur sapa. Pada suatu hari di ofis, Si budak perempuan menerima message di friendster.

Kunyit Ajaib has sent you a smile.

Si budak perempuan membalas message tersebut dengan 'smile' juga..Message yang seterusnya berbunyi begini..

U...
nk sign..
Sape name u eh?
nk num fon u bley x?

Memandangkan Si budak perempuan sememangnya tidak akan memberikan nombor telefonnya kepada sesiapa yang tidak dikenali, dia cume menjawab..

x boleh..
I x knal u..
Btw name i Mawar.

Semenjak hari itu, Si budak perempuan dan Si budak lelaki hanya berhubung melalui message di friendster setiap hari. Beberapa kali juga Si budak lelaki meminta nombor telefon Si budak perempuan tetapi tidak dilayan.. Jika mereka terserempak di cafe ataupun di mana-mana, Si budak perempuan akan buat seperti biasa, tidak lagi memandang atau senyum kepada si budak lelaki. Si budak lelaki tidak berputus asa untuk mendapatkan nombor telefon Si budak perempuan dan dia juga ada meninggalkan nombor telefonnya di dalam message friendster.Malang bagi Si budak lelaki kerana Si budak perepuan langsung tidak mengambil nombor telefon itu. Si budak perempuan hanya mengarahkan Si budak lelaki untuk mencarinya sendiri.

Pada suatu hari, Si budak perempuan tidak bekerja kerana pergi bercuti bersama keluarganya di Penang . Eacha menghantar message kepada Si Budak Perempuan ketika dia masih lagi tidur di atas katil..

Mawar, Si Kunyit mintak num fon ko..

Si budak Perempuan...

Kalau ko kawan aku jgn bagi dlu cha...

Eacha..

Alah, xpe..Bestman win. Aku da bagi da num ko kt die.=)

5 minit kemudian...

U..i da dpt da num u..
hahaha..terer kn i..
jgn marah eh u..

Si budak perempuan dalam tak nak, tak nak tu, sebenanye mahuuuuuuu...teheee..=p

Mulai hari itu, mereka sudah jarang berhubung melalui friendster, sebaliknya mereka kerap berhubung melalui handphone...Pada suatu hari setelah berhubung melalui telefon, Si budak lelaki telah mengajak Si budak perempuan berjumpa. Memandangkan si budak perempuan pernah menyatakan yang dia tidak makan pada waktu malam kerana berdiet, maka Si budak lelaki hanya mengajak Si budak perempuan keluar minum..
Pada mulanya Si budak perempuan menolak kerana sangat segan, dan memandangkan Si budak lelaki bersama rakannya, Abg Andi plopopi, maka bertambahlah perasaan malu di dalam diri Si budak perempuan. Itulah kali pertama Si budak perempuan mendengar suara Si budak lelaki di dalam telefon. Si budak lelaki hanya berkata ..

" U...I kat De Kawanku ni. U datang sini eh.. I x kire.. U datang jgk. i tunggu.."

walaupun ditolak berkali-kali oleh Si budak perempuan, tetapi Si budak lelaki tetap berdegil..

"Takpe, u xpyah segan.. U datang je. i tunggu u ni..".

Dengan bermacam-macam perasaan, si budak perempuan pun bersiap-siap dan pergi lah berjumpa Si budak lelaki. Si budak perempuan sempat memesan

"U jangan pandang eh klu i dtg nt..i segan".
(ok..yg ni sumpah gedik!!haha=p)


Rupa-rupanya Si budak lelaki sempat berpesan kepada rakannya, Abg Andy plopopi, agar tidak juga memandang kepada Si budak perempuan ketika Si budak perempuan datang kerana Si budak perempuan akan malu. Ini telah menjadikan Abg Andy plopopi agak meluat dengan perangai Si budak perempuan... Pada pertemuan kali itu, sempat juga Si budak perempuan mengukur ketinggian mereka tanpa disedari oleh Si budak lelaki. Rupa-rupanya, dalam diam Si budak lelaki juga turut melakukan benda yang sama.

Pertemuan kedua antara si budak lelaki dan Si budak perempuan terjadi apabila si budak lelaki menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabatnya di Selangor. Dalam perjalanan pulang, Si budak lelaki dan rakan pejabatnya telah singgah di Kajang untuk menjamu sate di sana. Maka Si budak lelaki turut membelikan Si budak perempuan. Setibanya Si budak lelaki di Melaka, dia terus menghubungi Si budak perempuan dan menghantar sate ke rumah Si budak perempuan lalu mengajak Si budak perempuan untuk keluar minum.. Si budak perempuan tidak menolak, lalu mereka pun keluar minum. ketika keluar minum, Si budak perempuan sempat bertanya dan berpesan kepada Si budak lelaki,

" I klua2 ngn u ni, xde org marah ke? I bkn pe.. I cume xnk bergado dgn sesape pn disebbkan lelaki."

Si budak lelaki hanya menjawab,

"Eh..Takdelah. Kan I belum kawen, sape nk marah I. sukahati i la nk klua ngn sape pn. Xde la u.. u jgn risau ehh. Takde org akn cari u.."

Itulah antara ayat-ayat Si budak lelaki yang masih diingati oleh Si budak perempuan sehingga kini. Dan disebabkan ayat ini lah maka Si budak perempuan tidak risau untuk meneruskan perhubungannya dengan Si budak lelaki. Tambahan pula, Si budak lelaki telah menunjukkan sikap dan perasaannya kepada si budak perempuan. Mereka menjadi semakin rapat dan terus rapat. Hari terakhir Si budak perempuan menjalankan praktikal di wisma negeri iaitu pada bulan 7,adalah hari yang amat dirasakan oleh Si budak perempuan.
Selepas ini, tiada lagi kereta Si budak perempuan dan Si budak lelaki yang sengaja mereka letak bersebelahan ataupun berhadapan. Tiada lagi adegan sorok menyorok di balik aiskrim cornetto besar di cafe wisma negeri. Tiada lagi rasa excited untuk turun minum pada jam 10 pagi dan 4 petang.

Si budak lelaki telah menujukan lagu 'Kekasih Gelapku' dendangan Ungu kepada Si budak perempuan.
Bagi si budak lelaki, lagu itu sangat mendalam maknanya..
sebabnya??
Biarlah hanya Si budak lelaki dan Si budak perempuan yang tahu....

Si budak perempuan pula menujukan lagu ' Kekasih Separuh Masa' dendangan the Lima kepada Si budak lelaki. Si budak perempuan merasakan bait-bait di dalam lagu tersebut amatlah bersesuaian dengan perhubungan mereka ketika itu..

Disebabkan Si budak perempuan juga suka akan lagu 'Tak Bisa Memilihmu', maka Si budak perempuan telah meminta Si budak lelaki untuk menjadikan lagu tersebut sebagai caller ringtone pada handphone Si budak lelaki. Maka, berkali-kali lah Si budak perempuan menelefon Si budak lelaki dalam satu hari dan meminta Si budak lelaki tidak mengangkat telefon agar dia dapat mendengar lagu itu...

Kini....
Si budak lelaki dan Si budak perempuan bukanlah lagi kekasih gelap, tetapi mereka telah menjadi kekasih sepenuh masa....

Tarikh 01.01.10 telah menjadi saksi Perjanjian Kisah Cinta Terhebat mereka..

Si Budak Lelaki dan Si Budak Perempuan kini sedang menghitung hari untuk sama2 meniti hari bahagia mereka..

Semoga perhubungan Si budak lelaki dan si budak perempuan dirahmati Allah dan berkekalan hingga akhir hayat..amin.

Setiap apa yang terjadi sebelum ini, hanya mereka berdua sahaja yang tahu sebab munasabab nya.
Dan setiap apa yang bakal terjadi, akan ditempuhi bersama..Insyaallah.


Si Budak Perempuan dan Si Budak Lelaki.=)


Si Budak Lelaki..

Saya sayang sangat die..
Sayang banyak tau..
Knape saye sayang sgt die?
Sbb die matahari saye..
Knape matahari eh?
Sbb dalam galaksi cume ade satu je matahari..
Mcm tu juga saye..
Dalam hati saya cume ade die sorang je..



Entry khas untuk Short Story Contest by CST Production.
Walaupun entry ni mmg i da pnah post dlu, but i've posted it again with a little touch up!
this is our story..=)
For more info regarding the contest u can juz click here www.facebook.com/cstproduction

Saturday, November 6, 2010

Yeahhhhh!!It's 6th November!

To En Kunyit,
Happy Birthday Sayang..
Thanx for being there with me whenever i need u..
Every single things that we've been through make us more matured..
I juz want u to know that ur patience is the most strongest weapon in our relationship!
Yup!I really meant it!


Eventhough we are far apart, but u are always be deeply in my heart..

Remember what u said 2 years ago??

'DOUBLE SCORPIO, DOUBLE THE FUN!'=)

Haha..Yup!
I'm always keep that simple yet meaningful sentence in my mind..
Once again, thank you sooooo much sayang for everything!


With love,
Mawar

Wednesday, September 1, 2010

Cite zaman tadika!


Cube teka mane satu En Kunyit??
Gamba ni i curik dr fb En Kunyit.. Ade sorang membe die tag!
Sumpah rase cm nk gelak guling2 jee..


En Kunyit pnah cte mase die tadika dlu die masuk 'Pertandingan Pakaian Beragam' (errr ye kot nama die cmni) and dapat nombor 2.
Die pakai jubah ngn ketayap siap bawak tasbih ngn kain serban bagaiii..
Naik2 je stage, die stop kt tgh and buat2 gaya cam org smbhyang..siap rukuk and sujud sumeee...hahaa.comelll..=)
Wahhhh.. kecik2 da tnjuk alim tau.
tak hagakkkk..

So korang mesti da bley teka kan yg mana satu En Kunyit dlm gamba kt atas tu kan?
Alaaahhhh..yg paling alim tu die la tu..=D

U, nape da besar2 takde plak nk pkai jubah ketayap sume??=D


Tuesday, August 17, 2010

The Date!

Hello readers..
huwarghhhh!!
i jeles ok tgk b2b lain with their brilliant ideas for wed preps!
Kadang2 tgk dorang diy sume cm senang je.
Tp klu bagi kt i la kn, tatau camne rupe hasilnye..=p
i sooka jugak tgk dorang update pasal all the vendors yg dorang da pilih.

Ok for me, i da kurang sgttttt google/ survey about wedding thingy and stuff.
Bukan sbb i xnk kawen tau.Uiishhh..sape xnk kawen u ols?

Since its compulsory for me to attend a 6 months course for my job confirmation, Cikgu Biah and En Kunyit's mom decided that my wedding will be held after the course. Cikgu biah takut saye preggy awal..cesss!
Mase bertunang dlu, mmg the family x set terus date kawen kami. Tp for me and En Kunyit, kami da plan nk tie the knot on 1st January 2011. Sebab ape? Sbb kami soookkkaaa sgt dgn tarikh tu.=) To Lynda and Zara, if not i da sekapal dgn kamu2 tau!;)

Yelaaa kan, anniversary date u olssss..sape x suke kan?muahaha!yupp!!he proposed me on 1/1/08 and our enggagement date was on 1/1/10.
Tapi one of my couz, i mean my 2nd couz da pilih date tu since die bertunang awal lg..Tak silap, bulan Nov last year. Soooo.. terpakse berserah je. Yelaaa..x nk la wt serentak sbb sedara mara yg nk tolong and attend the wedding adalah org yg sama jgk kan..
Pastu mule la me and en Kunyit mencanak-canak mencari date yg cantik sesuai for my side and his side to do the preparation. Ok, so we both agreed on Feb 2011. Die inform family die and i pn bgtau la kt family. Mule2 bgtau tu Cikgu Biah ngn Cik Olla ckp ok.
Pastu Cikgu Biah tny, "tu after or before kursus?"
aku jwb la "before."
Bile ckp before tu, mule la Cikgu Biah keluar kata2 nasihat die..
Mak En Kunyit pn bile tawu aku kne attend 6 months course tu, die prefer utk wat majlis tu after the course.
Soooo..kami setuju la utk tgu after course tu walaupun mule2 aku mcm x berapa setuju. Tp bile fikir pros and cons, i agreed with them!Yelaa.. bkn ape,klu boleh nk la g course tu ngn status 'sudah berkawin'. Mungkin sbb rase lg comfortable and selamat ngn status 'sudah berkahwin' tu, since during the 6 months period of the course, i akan sentiasa, balik2 dan x abes2 menghadap muke2 yg sama jee. So i xnk la benda2 yg kite x nak and x baik happen. Bukan i doa utk jadi benda2 cmtu, tp byk sgt cerita yg x baik i dgr dr senior2 yg da pegi course tu.=(
Tp En Kunyit byk kali ckp, ape2 pn yg penting hati.yeee..saya pegang kata2 die sampai bile2.=)

So confirm, our wedding will be after my course!

The only prob skrg, dorang tak bgtahu i pn exact date for the course. Dorang cume ckp paling awal bulan Dis this year and paling lewat bulan April next year.

That is mean if let say the course starts on April next year, 6 months after adalah bulan Oct. Maknenye skrg ye adik2...paling awal akak boleh kawin adalah bulan November.

So kemungkinan besar my wedding will be on November 2011.Insyaallah...=)
Boleh la haku berlenggang cik kiah nmpk gayenye ni..hee=D

Thursday, August 12, 2010

U ols buke pe arini?

salam all..=)

Da ptg2 cmni mule la prut 'keriak keriuk' kannn..
Kalau x bulan pose tu, xmkn smpi ke subuh pun steady je i bleh jogging lg tau..(wah statement x hagak)
Padahallllll..hanya mereka dan keluarga mereka je yg tawu!hee=p

Arini i dok pk2 lg nk buke pe..
Da berazam aritu bulan pose ni xmo mkn nasi supaya weight ticker kt sebelah tu tercapai..
Tp impian tgl impian..
Sahur 1st pose aritu da terus i lantak nasi tauuuu..adehhh!
harap2nye lepas ni kuatlah semangat i xmo mkn nasi eyh.=D
Arini En Kunyit balik Putrajaya..
So dpt la ktorang buka same2..Yeayyyy!!
Besok die nk blk Bahau da.. xpat nk buke same da.
So i tgh dok pk2 nk buke ktne arini..
Yg pentingggggg..JANGAN MAKAN NASI.sekian.=D



To En Kunyit..

Shyg..
I tgu u blk.
kite buke same2 eyh.=)
U drive safely kayh.
IMY,ILY!
muaxx!
*love mode*


Monday, June 14, 2010

tergigit lidah tu bese..

Oh hoooooo hoiiiiii......
kemalasan melanda diri tuan tanah..
Update blog juga malas..
Marathon blogwalking juga malas..
Tp yg pelik..Muntah kedarah x pnah malas..
Kihkihkih..
owh yeee, mood saya kembali normal..=)
beselah kan..sedangkan lidah lagi tergigit,
ni kan pula suami isteri..upsss..ok tersasul.=p
ni kan plak i ngn En Kunyit.





Wednesday, June 9, 2010

I won't cry for no reason.

Kite nangis bukan sbb kite loser.
Kite nangis bukan sbb kite down.
Kite nangis bukan sbb kite tak boleh terima die seadanya.
Kite nangis bukan sbb kite taknak die sampai bile2.
Kite nangis bukan sbb kite nk jd mcm budak2 tadika.
Kite nangis bukan sbb nk cari simpati die.
Kite nangis bukan sbb kite nk hausmate kite tawu kite sakit hati ngn die.
Kite nangis bukan sbb kite x boleh fikir panjang.
Kite nangis bukan sbb kite suke mate kite bengkak2 pegi keje.






Tapi...kite nangis sbb kite sedih die (yg dalam gamba ni) xpaham pe yg kite rase.fulstop.

Monday, June 7, 2010

Ttbe, rase nk ckp..



Sayang..

I luv U ehh..=)


Sunday, May 2, 2010

4th month anniversary.

Happy 4th month anni to both of us!=)
Yeahhhh!!pejam-celik-pejam-celik, jap je da 4 bulan kami berstatus sbg tunang org.
heee..gedik!=P
And to u shyg,
I bersyukur sgt to have sumone like u..
U meant everything to me..
U'll be my comforter forever and ever..
I hope that whatever we have been through together for the past 2 years would be the precious moments in our life..
I love u till death..
'Hawa diciptakan dari tulang Rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijadikan atasannya, bukan dari kaki untuk dijadikan alasannya, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya.
Dekat pada lengan untuk dilindungi dan dekat dihati untuk dicintai'