Friday, February 13, 2009

Kisah Si Budak Perempuan dan Si Budak Lelaki....Episod 2


Selepas daripada hari itu, Si Budak perempuan pun menjalani kehidupannya sebagai seorang budak praktikal seperti biasa. Masuk ofis jam 8, minum pagi (sarapan) jam 10, minum petang ( makan vadeyy yg sgt yummeehhh) jam 4 petang, pergi ke bilik riadah untuk bermain ping pong bersama Eacha, Abg Wan 1, Abg Wan 2 dan Epul jam 4.30 petang, kemudian pulang ke rumah jam 5 petang...

Hampir setiap hari, si budak perempuan akan terserempak dengan Si budak lelaki di cafe ketika waktu pagi dan minum petang. Si budak lelaki seperti biasa akan bergurau, " Nak duduk kat meja ni bley tak?". Si budak perempuan dan rakan-rakan hanya tersenyum.
Pada suatu hari, Eacha memanggil Si budak perempuan untuk menunjukkan komen seseorang kepadanya di friendster...


Cha, kem slam kt membe yg free hair tu eh.


Eacha menjawab komen tersebut dengan...


Owh,cari la die dalam friendster ni. Mawai..


Rupa-rupanya, Si budak lelaki ingin berkenalan dengan Si budak perempuan.Selepas daripada itu, si budak perempuan hanya senyum sahaja kepada Si budak lelaki jika terserempak di mana-mana. Mereka tidak pernah pula bertegur sapa. Pada suatu hari di ofis, Si budak perempuan menerima message di friendster.


Kunyit Ajaib has sent you a smile.


Si budak perempuan membalas message tersebut dengan 'smile' juga..Message yang seterusnya berbunyi begini..


U...

nk sign..

Sape name u eh?

nk num fon u bley x?


Memandangkan Si budak perempuan sememangnya tidak akan memberikan nombor telefonnya kepada sesiapa yang tidak dikenali, dia cume menjawab..


x boleh..

I x knal u..

Neway name i Mawar.


Semenjak hari itu, Si budak perempuan dan Si budak lelaki hanya berhubung melalui message di friendster setiap hari. Beberapa kali juga Si budak lelaki meminta nombor telefon Si budak perempuan tetapi tidak dilayan.. Jika mereka terserempak di cafe ataupun di mana-mana, Si budak perempuan akan buat seperti biasa, tidak lagi memandang atau senyum kepada si budak lelaki. Si budak lelaki tidak berputus asa untuk mendapatkan nombor telefon Si budak perempuan dan dia juga ada meninggalkan nombor telefonnya di dalam message friendster.Malang bagi Si budak lelaki kerana Si budak perepuan langsung tidak mengambil nombor telefon itu. Si budak perempuan hanya mengarahkan Si budak lelaki untuk mencarinya sendiri.



Pada suatu hari, Si budak perempuan tidak bekerja kerana pergi bercuti bersama keluarganya di Penang pada 1 /6/07. Eacha menghantar message kepada Si Budak Perempuan ketika dia masih lagi tidur di atas katil..


Mawar, Si Kunyit mintak num fon ko..

Si budak Perempuan...


Kalau ko kawan aku jgn bagi dlu cha...


Eacha..


Alah, xpe..Bestman win. Aku da bagi da num ko kt die.


5 minit kemudian...


U..i da dpt da num u..

hahaha..terer kn i..

jgn marah eh u..


Si budak perempuan dalam tak nak, tak nak tu, layan juga Si budak lelaki...

Mulai hari itu, mereka sudah jarang berhubung melalui friendster, sebaliknya mereka kerap berhubung melalui handphone...Pada suatu hari setelah berhubung melalui telefon, Si budak lelaki telah mengajak Si budak perempuan berjumpa. Memandangkan si budak perempuan pernah menyatakan yang dia tidak makan pada waktu malam kerana berdiet, maka Si budak lelaki hanya mengajak Si budak perempuan keluar minum..

Pada mulanya Si budak perempuan menolak kerana sangat segan, dan memandangkan Si budak lelaki bersama rakannya, Abg Andi plopopi, maka bertambahlah perasaan malu di dalam diri Si budak perempuan. Itulah kali pertama Si budak perempuan mendengar suara Si budak lelaki di dalam telefon. Si budak lelaki hanya berkata .." U...I kat De Kawanku ni. U datang sini eh.. I x kire.. U datang jgk. i tunggu.". walaupun ditolak berkali-kali oleh Si budak perempuan, tetapi Si budak lelaki tetap berdegil.." Takpe, u xpyah segan.. U datang je. i tunggu u ni..".


Dengan bermacam-macam perasaan, si budak perempuan pun bersiap-siap dan pergi lah berjumpa Si budak lelaki. " Si budak perempuan sempat memesan "U jangan pandang eh klu i dtg nt..".


Rupa-rupanya Si budak lelaki sempat berpesan kepada rakannya, Abg Andy plopopi, agar tidak juga memandang kepada Si budak perempuan ketika Si budak perempuan datang kerana Si budak perempuan akan malu. Ini telah menjadikan Abg Andy plopopi agak meluat dengan perangai Si budak perempuan... Pada pertemuan kali itu, sempat juga Si budak perempuan mengukur ketinggian mereka tanpa disedari oleh Si budak lelaki. Rupa-rupanya, dalam diam Si budak lelaki juga turut melakukan benda yang sama.


Pertemuan kedua antara si budak lelaki dan Si budak perempuan terjadi apabila si budak lelaki menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabatnya di Selangor. Dalam perjalanan pulang, Si budak lelaki dan rakan pejabatnya telah singgah di Kajang untuk menjamu sate di sana. Maka Si budak lelaki turt membelikan Si budak perempuan. Setibanya Si budak lelaki di Melaka, dia terus menghubungi Si budak perempuan dan menghantar sate ke rumah Si budak perempuan lalu mengajak Si budak perempuan untuk keluar minum.. Si budak perempuan tidak menolak, lalu mereka pun keluar minum. ketika keluar minum, Si budak perempuan sempat bertanya dan berpesan kepada Si budak lelaki," I klua2 ngn u ni, xde org marah ke? I bkn pe.. I cume xnk bergado dgn sesape pn disebbkan lelaki." Si budak lelaki hanya menjawab, "Eh..Takdelah. Kan I belum kawen, sape nk marah I. sukahati i la nk klua ngn sape pn. Xde la u.. u jgn risau ehh. Takde org akn cari u.."



Itulah antara ayat-ayat Si budak lelaki yang masih diingati oleh Si budak perempuan sehingga kini. Dan disebabkan ayat ini lah maka Si budak perempuan tidak risau untuk meneruskan perhubungannya dengan Si budak lelaki. Tambahan pula, Si budak lelaki telah menunjukkan sikap yang perasaannya kepada si budak perempuan. Mereka menjadi semakin rapat dan terus rapat. Hari terakhir Si budak perempuan menjalankan praktikal di wisma negeri iaitu pada bulan 7,adalah hari yang amat dirasakan oleh Si budak perempuan. Selepas ini, tiada lagi kereta Si budak perempuan dan Si budak lelaki yang sengaja mereka letak bersebelahan ataupun berhadapan. Tiada lagi adegan sorok menyorok di balik aiskrim cornetto besar di cafe wisma negeri. Tiada lagi rasa excited untuk turun minum pada jam 10 pagi dan 4 petang.


Si budak lelaki telah menujukan lagu 'Kekasih Gelapku' dendangan Ungu kepada Si budak perempuan. Bagi si budak lelaki, lagu itu sangat mendalam maknanya.. sebabnya? Biarlah hanya Si budak lelaki dan Si budak perempuan yang tahu....


Si budak perempuan pula menujukan lagu ' Kekasih Separuh Masa' dendangan the Lima kepada Si budak lelaki. Si budak perempuan merasakan bait-bait di dalam lagu tersebut amatlah bersesuaian dengan perhubungan mereka ketika itu..


Disebabkan Si budak perempuan juga suka akan lagu 'Tak Bisa Memilihmu', maka Si budak perempuan telah meminta Si budak lelaki untuk menjadikan lagu tersebut sebagai 'caller ringtone' pada handphone Si budak lelaki. Maka, berkali-kali lah Si budak perempuan menelefon Si budak lelaki dalam satu hari dan meminta Si budak lelaki tidak mengangkat telefon agar dia dapat mendengar lagu itu...




Sekarang....


Si budak lelaki dan Si budak perempuan bukanlah lagi kekasih gelap, tetapi mereka telah menjadi kekasih sepenuh masa....


Tarikh 01.01.08 menjadi satu tarikh yang sangat penting dalam diari kehidupan mereka..


Semoga perhubungan Si budak lelaki dan si budak perempuan dirahmati Allah dan berkekalan hingga akhir hayat..amin.


Setiap apa yang terjadi sebelum ini, hanya mereka berdua sahaja yang tahu sebab munasabab nya.


Dan setiap apa yang bakal terjadi, akan ditempuhi bersama..Insyaallah.

Si Budak Lelaki dan Si Budak Perempuan



-ME-


misswateva











Tomorrow

Tomorrow is Valentine Day..

I didn't decide any plan for tomorrow..

I totally have no idea..

I juz called En Kunyit and asked him what tyme will he coming back..

Bley plak die jawab.."Suprise!!"..

Aisssyhh..Suprise la sgt. Nanti aku x dpt pesan kt die soh drive safely..X suke.

What am i going to give En Kunyit??

Later i'll think of it..

I only hope that he will be arriving home safely..




P/s to My Chenta hati : Tak kesa la u blk pkol bape pun..Yang penting drive safely ok..I'll be waiting 4 u. Miss u!!


-ME-

misswateva

Thursday, February 12, 2009

Matahari ku *MUACXX*

Saye sayang sgt die..






Sayang banyak tau..






Knape saye sayang sgt die?







Sbb die matahari saye..







Knape matahari eh?






Sbb dalam galaksi cume ade satu je matahari..







Mcm tu juga saye..







Dalam hati saya cume ade die sorang je..





-ME-

misswateva